APA BUKTI SAUDI ARABIA BAN IKHWANUL MUSLIMIN (IM) / MUSLIM BROTHERHOOD DAN MENGAPA?

A

Sebenarnya, untuk mereka yang faham isu ni tak pelik pun. Itu sebab negara-negara Arab ini ban Qatar kerana dikatakan bersekongkol dengan IM. Almarhum Dr. Yusuf al-Qardawi juga melarikan diri ke Qatar. Itu sebab Qatar tak dikritik walaupun anjur worldcup.

Anyway, ulama’-ulama’ Saudi yang aku hormati seperti Syaikh Salman al-Audah, Syaikh Safar al-Hawali dan yang terbaru ulama’ hadis muda yang aku minati, Syaikh Abdul Aziz at-Tarifi, mereka semua ini ditahan kerana terkait mengkritik kerajaan.

Mereka-mereka ini digelar salafi ikhwani, kerana ada kecenderungan melawan pemerintah. Itu sebab mereka ditahan walaupun nama dan keilmuan mereka tidak dapat dinafikan. Kenapa ikhwani? Sebab dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimin.

Tentang PAS yang boleh dikatakan dilahirkan daripada rahim dan pengaruh IM, maka tidak mustahil juga jika kerajaan-kerajaan negara Arab yang anti-IM mengambil pendirian tegas terhadap PAS, maka ia tidak pelik dan tidak hairan. Terutama Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) yang begitu dekat dengan IM.

Dia juga merupakan anak didik seorang kepimpinan IM Syiria yang disegani, iaitu Syed Hawa’. TGHH memang duduk di bawah bimbingan Syed Hawa’ ketika dia sambung pengajian di Mesir/Syiria. Dalam masa yang sama, TGHH juga alumni first batch Universiti Islam Madinah (maksudnya awwalin) yang ketika itu di bawah seliaan Syaikh Ibn Baaz rahimahullah.

Tentang negara Saudi pula. Negara ini memang sentiasa berjaga-jaga dengan Syiah. Di sebelah timur negara Saudi memang terdapat pendudukan kaum Syiah yang sentiasa membuatkan mereka berjaga-jaga. Mana-mana tokoh yang dekat dengan Syiah, memang kerajaan Saudi akan redflag.

Al-maklumlah, dalam sejarah tamadun Islam, Syiah telah berkali-kali mengkhianati kaum muslimin. Sehingga Dr. Yusuf al-Qardawi mengakui kesilapannya yang cuba berbaik-baik dengan syiah dan memuji sikap negara Saudi dan ulama’ Saudi yang berkeras dengan Syiah. Lebih-lebih lagi, kisah mantan presiden Iran yang pernah mencaci Abu Bakar dan Umar di hadapan makan mereka. Hal ini membuatkan ulama’-ulama’ Saudi tidak dapat melupakan kejahatan tersebut.

Aku harap budak-budak walaun yang baru nak UP faham asas ini. Jika asas ini gagal faham, maka banyak perkara mereka tidak akan faham. Hidup mereka hanya berprasangka buruk terhadap orang lain yang tidak bersama-sama mengibarkan bendera bulan. Aku harap semangat Islam itu diterjemahkan dengan akhlak Islami.

Ingat, PAS bukan agama. PAS bukan Islam. Undi PAS tak masuk syurga. Aku kekal tak pelik jika PAS di-ban oleh negara Saudi atau sekutunya, kerana mungkin dikaitkan dengan IM. Kalau tak di-ban, alhamdulillah. Kalau ulama’-ulama’ sebenar Syaikh Salman al-Audah, Syaikh Safar Hawali dan At-Tarifi boleh disumbat dalam penjara, apalah sangat diorang nak ban TGHH. Tak mendatangkan kudis pun kepada kerajaan Saudi.

Itu saja. Nak benci aku? Silakan..

Aku tak guna duit kerajaan untuk beli Mercedes baru, naikkan gaji, dan keluarkan bonus. Yang sedap orang-orang politik, rakyat marhaen masih kelaparan. Aku juga tak buat scam ayam, itik, kucing, telur itik iklan dan restoran.

Aku muslim yang tidak mengkafirkan ahli kiblat atau menerakakan orang kerana politik. Aku juga tak ghulu nak menyerang orang hanya kerana perbezaan pandangan politik.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.