Bangun-bangun pagi, tengok notification daripada seorang individu yang aku kira walaun level qhuluw (extreme). Dahsyat dia ni, tak tidur ke?
Teringat aku ketika sebuah forum diantara DrMaza dengan Nasaruddin Hassan Tantawi tentang isu hudud. Ada seorang penyoal bertanya DrMaza dengan penuh emosi. DrMaza kilas senang saja, lebih kurang bunyinya begini,
“Kalau nak negara Islam, tunjuk adab dan adab Islami dulu..”
Semalam ada seorang individu, bersungguh-sungguh dia memaki hamun di wall aku. Kalau dilihat record, dari petang sampai jam 3-4 pagi dia masih aktif memaki hamun. Setiap orang yang komen positif terhadap penulisan aku, dia akan komen. Bila orang itu membalas, dia akan balon orang itu sebagai walanon, waladap dan penyokong konsert gay.
Aku tak pernah kenal dia. Aku rasa aku tak pernah usik bini dia. Aku juga tidak pernah buat apa-apa skim scam macam Sham Itik yang menggunakan account bini untuk terima duit. Tetapi kelihatan dia begitu bermotivasi untuk menyerang aku, rakan-rakan yang komen di wall aku, kalau berhujah dengan ilmiah dan cerdik takpa, ia penuh kebencian, kebodohan, dan kejahatan.
Maki hamun, menghina orang tanpa henti, dan menuduh orang yang tak setuju dengan dia dengan tuduhan-tuduhan yang ghuluw. Tiada siapa kacau dia pun. Yang lebih menjijikkan, orang ini membawa agenda Islam dan penyokong parti Isle. Korang bolehlah scroll tengok betapa bersemangat dia mencaci orang sana ini. Entah apa yang memberi dia motivasi. Adakah ini j1had dia? Menghina sesama muslim? Walhal, kita semua orang Islam.
Inilah yang ramai para ulama’ menyelar sikap dan ideologi parti politik yang menunggang nama Islam. Produknya tidak menunjukkan imej Islam. Bahkan menunjukkan betapa hodoh wajah mereka yang nakkan Islam. Benarlah kata Drmaza,
“Kalau nak negara Islam, tunjuk adab dan akhlak Islami dulu..”
Dalam dia menghina orang yang tidak bersetuju dengannya sebagai penyokong gay, arak dan LGBT, terlupakah dia yang Azmin juga ada kes yang sama. Dilaporkan pakar daripada Australia, video itu mustahil fake. Kalau ia fake, orang buat itu bukan manusia dan menggunakan teknologi alien barangkali.
Begitu juga kluster mahkamah juga berada di dalam PN. PN tidak bersih, PAS juga tidak maksum. Banyak saman fitnah, orang PAS kalah. Saman Claire pun buat settlement yang PAS kena bayar Claire. Untuk Claire, orang saman dia, orang tu bayar dia. Pada dia, dia menanglah. Itu pun walaun masih kata PAS menang. Aku yang biasa naik turun court ni baca pun tergelak je. Tapi takpalah. Mungkin itulah tahap IQ dia yang boleh dibodoh-bodohkan dengan mudah.
Cumanya, aku tertarik dengan kesungguhan dia mengecam aku dan rakan-rakan yang tidak bersetuju dengan dia. Apa dia dapat? Adakah ini ajaran membangun bersama Islam? Adakah itu yang diajar dalam usrah-usrah PAS? Dahsyat! Sangat extreme! Aku sengaja biarkan dia seorang meroyan dan merentan di wall aku supaya masyarakat tidak meniru perangai dan akhlak sebegitu.
Yang lebih menarik, dalam dia mengecam aku, ada sahabat menunjukkan dia share posting SCRUT Haji Hadi. Mungkin dia terlupa jasa SCRUT kepada PAS. Tapi takpalah, begitulah perangai manusia extreme. Malang semangat itu dia gunakan untuk fahaman politik yang sempit. Bukan perjuangan yang lebih objektif seperti membela nasib OKU, melawan penindasan atau melawan scammer.
Aku dari dulu memang meluat orang yang sanggup memaki hamun orang lain sebab politik. Berbeza fahaman politik saja. Tetapi semangat j1hadnya seolah-olah mereka yang tidak bersama agenda partinya itu musuh Islam dan musuh Allah. Dahsyat, takkanlah tak boleh agree to disagree. Paling tidak pun tunjuklah akhlak Islami bila datang ke wall orang.
Tapi apa nak buat. Dah memang sejak azali perangai walaun begitu. Itulah aku kata, orang tak meluat dengan walaun ni sebab dia sokong PAS, tapi orang meluat sebab perangai ghuluw (extreme dan melampau) mereka. Nak Islam, tapi perangai macam khawarij. Hidup penuh prasangka buruk terhadap orang yang tidak bersetuju dengan mereka. Tak boleh berbeza langsung.
Korang yang meluat dengan walaun, cuba kasitau, kenapa korang meluat dengan walaun?