NYANYIAN KEMENANGAN..

N

Semalam, lepas meeting aku kasitau staff-staff aku dan boss Nik Izwan Kamel, kalau Rina kalah, aku nak pi nyanyi kat poster dia yang besar.

Sekali kalah ler! Setan..

Tapi, Rina still ada 26k yang undi dia. Aku taktau la ia ijtihad selepas menganalisis siapa Rina dan istikharah, atau mengundi secara kebodohan dan ketaasuban parti.

Anyway, aku pun terus ke Batu Tiga. Seorang sahabat kasitau, datang ke sekian-sekian, ini lokasinya, situ ada poster Rina yang besar. Aku pun dengan memandu Axia Kompang yang tertulis,

“Jejak suami anda di www.ifmal.com !” dan “jangan klik www.ifmal.com !”

terus ke Batu Tiga dengan melakukan “nazar” tersebut.

Inilah hasilnya. Ia hanyalah gurauan dab hiburan semata-mata. Cuma aku nak kasitau, di mana Rina Harun bertanding, aku akan kempen against dia.

Aku nak ingatkan dia, orang seperti aku tidak akan lupa pendirian dan kata-kata dia ketika di bilik mesyuarat menteri di kementerian dulu. Aku rasa dia bukan manusia dan sangat menghina akal aku ketika itu.

Ketika itu, aku suruh dia letak jawatan di hadapan pegawai-pegawai tertinggi kementerian dan pejabatan menteri. Nampak macam aku kurang ajar. Tapi apa aku kisah.

Dia yang panggil nak jumpa aku, aku rakyat yang bayar cukai macam nak mampos. Politikus dan menteri kena dengar suara aku. Taknak dengar, pergi mampos. Ada aku kisah?

Aku boleh layan lawak Rina Nose!

Apa pun, #JusticeForBella ini telah mengajar aku untuk kenal, mana setan, mana malaikat, mana monyet, mana sibdo. Yang penting, Rina dah kalah parlimen dan dun, Siti Bainun dalam penjara.

Yeeha!

😜

https://www.facebook.com/watch/?v=301966072402835

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.