ASIAH KALAU KOYAK JANGAN ZIKIR NAMA AKU..

A

Ni ada orang share Si Asiah tu zikir nama aku tak sudah-sudah lagi. Yang duk riuh minta injunction itu dia, sampai mahkamah rayuan dia buat.

Tapi kalah lah. Itu pun tak bayar lagi kos RM18k. Dia nak orang diam, tapi duk kacau orang merata. Kacau aku, saksi-saksi aku, peguam-peguam aku.

Lepas tu minta injunction. Siapa yang koyak ni?

Taulah dah koyak rabak kena cross dengan Mahmud tempoh hari. Nak gaduh dengan Mahmud, tak perlulah sebut nama aku. Kan dah saman aku, kita lawan dalam court jela.

Biasanya yang memekak ni orang yang kena saman lah, sebab dia ditindas. Tapi yang menyaman plak masih nak merentan dan meroyan. Entah apalah dia tak puas lagi.

Yang sebenarnya koyak rabak ni Asiah, dia tak boleh nak lawan aku, tak tahan parodi aku, dia saman aku. Tengah-tengah dia saman, dia file injunction. Mentang-mentanglah dia lawyer, semua boleh buat sendiri.

Tengah-tengah dia saman aku juga, dia still nak berzikir nama aku lagi. Dia marah dekat Mahmud, dia nak sebut juga nama aku. Nak tunggang nama aku plak. Nanti buat drama dalam court mengadu dekat hakim pula.

Kalau tak koyak, tak payahlah bawa ke mahkamah. Kita boleh terus bermain-main di sosmed ini. Tulisan-tulisan aku pun sebenarnya ada unsur parodi selain memberi fakta. Takkan koyak dengan parodi aku. Yelah, nak lawan fakta aku tak boleh kan.

Dah bawa ke mahkamah, buat cara dah ke mahkamah la. Etika peguam kan? Tunjuklah contoh yang baik. Kan dia tu peguam. Sebelum saman dah koyak, dalam mahkamah pun koyak, keluar mahkamah lagi koyak, duduk rumah pun koyak juga ke? Nak koyak, koyaklah. Tapi nak cakap dia tak koyak tu cam kelakarlah pula.

Antara point Asiah saman aku adalah seperti berikut :
1. Dia kata aku fitnah dia menghina suami dia.
2. Dia kata aku fitnah dia menghina Nabi SAW.
3. Dia kata aku fitnah dia menghina bapa mentua dia.

18 fitnah yang dia senaraikan dalam saman fitnah dia dekat aku tu berkisar tentang 3 point dasar ni je. Korang rasa semua tu fitnah ke?

Anyway, terkejut aku pejuang PN sanggup bersama dengan peguam yang pernah menghina Nabi SAW. Untuk peguam tu, ia good marketing lah.

Untuk pejuang Islam, aku tertanya-tanya mana prinsip? Walaun sekalian dah bersama-sama dengan penghina Nabi SAW ke tidak? Baik korang letak pendirian korang..

😜

ps : Tak cukup ke tumpang populariti DD tu? Kenapa nak cite juga nama aku. Aku tau aku pun popular. Tapi aku tak popular dengan perbuatan yang keji dan merepek.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.