KENAPA DR. SAKINAH KALAH DI MAHKAMAH TINGGI TETAPI MENANG DI 2 MAHKAMAH LEBIH TINGGI?

K

Tadi, masa tengah cangkung atas jamban duduk, aku pun bacalah balik ground of judgement hakim-hakim mahkamah rayuan untuk kes Dr. Sakinah tu.

Aku baru perasan dan sedar, hakim-hakim mahkamah rayuan yang seramai 3 orang itu langsung tak ulas pasal kenapa diorang kata takyah mohon maaf! Diorang macam buat tak kisah je. Buat pekak je.

Ibarat camnilah,
“Aku dah bagi kau RM30k, dah kata kau tak salah, kau nak memekak apa lagi? Jangan tanyalah kenapa aku tak suruh defendant minta maaf!”

Dan stand hakim-hakim mahkamah rayuan tersebut juga disokong pula oleh CJ dan 2 orang rakannya di federal court.

SAH! MEMANG HAKIM-HAKIM MAHKAMAH RAYUAN NAK BAGI ESKRIM SAHAJA!

Hakim-hakim di mahkamah rayuan tu macam TERPAKSA bagi “something” kepada plaintif walaupun TERHIDU “something” yang tidak kena, mungkin atas beberapa sebab yang terpaksa. Tapi mereka ada sebut tentang perbuatan Dr. Sakinah itu adalah bersifat public interest sebagai seorang pakar.

———

Cerita lain sat…
Since aku ni dah biasa naik turun court, dah pernah appear depan beberapa hakim dan melalui beberapa kali proses mahkamah, mahkamah rendah dan tinggi, aku mungkin boleh memberikan beberapa pandangan sebab kenapa orang boleh kalah di mahkamah secara umumnya.

1. Peguam yang tidak bagus.
Terlantik peguam yang tidak bagus memang menjadi punca utama kekalahan. Aku dah jumpa banyak kali orang mengadu nasib yang peguam dia sampah. Hal ini dapat disemak melalui bagaimana dia melayan client, strategy, advise, ketika cross, dan buat submission. Kesungguhan peguam dapat diukur di situ.

Once peguam takda strategy, dia akan lead kau untuk kalah sebab dia takkan advise kau untuk panggil saksi yang betul. Once peguam itu tiada kesungguhan, kes kau pasti kalah sebab dia akan take for granted dan buat submission pun macam sampah.

Ada juga kes, peguam kawtim dengan peguam untuk settlement. Anak guam merana tau!
(Disclaimer : Buat peguam-peguam yang sentiasa bersungguh-sungguh untuk kemenangan client, tak perlu terasa.)

2. Hakim yang terkhilaf, bermasalah atau kurang pengalaman.
Hakim ialah manusia. Manusia tetap manusia. Ada perasaan, ada pendirian sendiri, ada ideologi dia sendiri dan kecenderungan dia sendiri. Dia ada kawan, kenalan dan saudara mara. Dia bukan bersendirian dalam hidup ini.

Sebagai contoh, jika hakim itu kenal peguam, plaintif, defenden atau kawan di atas kawan mereka yang appear di hadapannya, kemungkinan dia boleh jadi bias. Dia tak maksum. Itu sebab dia sepatutnya recuse diri dia. Tapi, ada hakim yang tak recuse dirinya sendiri kerana tiada siapa yang tau atau buktikan.

Jika seorang hakim itu sebenarnya seorang antivaksin, flat earth society (fe) atau ada kecenderungan politik sesuatu pihak. Sekiranya kes yang dia adili itu kes melibatkan antivaksin, fe atau pihak politik yang dia suka atau tidak. Sudah pasti sebagai manusia, dia tetap boleh bersifat bias terhadap pihak yang dia cenderung. Hakim bukan malaikat.

Selain itu, korupsi seperti hakim terlibat dengan rasuah juga tidak terlepas. Korang boleh google sendiri. Sudah ramai yang dituduh, disabit dan dihukum. Korupsi hakim ini bukan berlaku di Malaysia sahaja, di luar negara juga tidak terkecuali.

Begitu juga hakim yang kurang pengalaman, terutama hakim-hakim mahkamah rendah atau majistret. Kekurangan pengalaman mereka menyebabkan keputusan mereka sering terkhilaf dan selalunya di-overturn oleh mahkamah yang lebih tinggi.

(Disclaimer : Hakim yang bermasalah ini tidak ramai. Yang ramainya, memang bagus-bagus dan baik. Setakat pengalaman aku sendiri, semuanya tiada masalah. Dengan kes-kes yang telah sabit, ia tidak menjadikan semua hakim ada kebarangkalian jadi seperti itu. Cumanya, kita semua kena maklum. Hakim juga manusia. Setiap anak Adam itu pasti buat salah. Begitu juga hakim boleh terkhilaf sebagai manusia biasa.)

3. Saksi yang berpaling tadah.
Ini memang sangat crucial. Orang yang kau harapkan untuk jadi saksi, tiba-tiba dia jadi hostile witness, taknak jadi saksi, atau menghilangkan diri. Confirm koyaklah kes kau. Kau memang lawan untuk kalah je nanti. Biasanya kes jenayah lah selalu berlaku.

Mungkin 3 sebab inilah menyebabkan kau kalah. Yang ke-4 pula, dah kau memang salah, pusing kut mana pun kau tetap akan kalah.

——

Pandangan aku tentang kes Dr. Sakinah pula, berdasarkan ground of judgement mahkamah rayuan, dan nota keterangan yang ada, aku mendapati yang Dr. Sakinah tidak mendapat advise yang baik. Defence Dr. Sakinah nampak tiada strategy dan direction.

Hal ini dapat dilihat melalui saksi-saksi yang dipanggil tidak kuat menyokongnya. Manakalah plaintif pula memanggil ibu bayi itu menjadi saksi. Membaca jawapan-jawapan Dr. Sakinah, aku sedar dia memang tiada arah. Agak kasihan.

Cumanya, jika dibaca keterangan Dr. Sakinah, kita dapat merasai yang Dr. Sakinah memberi keterangan dengan jujur. Mungkin, itulah salah satu faktor hakim-hakim mahkamah rayuan merasakan apa yang Dr. Sakinah buat itu tidak perlu mohon maaf dan tidak perlu membayar punitive damages atas faktor public interest sebagai seorang pakar.

Mereka terpaksa memberikan eskrim kepada plaintif sebab kes memang sudah koyak di mahkamah tinggi. Aku percaya jika aku atau Mahmud yang advise, kalau re-trial balik, insyaAllah Dr. Sakinah takkan kalah di mahkamah tinggi.

Aku juga berpandangan hakim-hakim mahkamah rayuan tidaklah bodoh untuk terus telan segala fakta secara zahir sahaja hanya kerana kekurangan fakta ketika di mahkamah tinggi. Mereka itu secara sepakat, 3 ORANG TAU! Mungkin mereka rasa pelik, bagaimana tiba-tiba plaintif boleh ada di tempat kejadian, datang sebagai kawan, bukan doula, walhal ibu kepada bayi yang meninggal itu telah mengaku dia anak murid plaintif.

Selain itu, kemungkinan besar hakim-hakim mahkamah rayuan berpandangan aktiviti doula-douli ini memberi risiko kepada kelahiran bayi. Doula-douli ini bukanlah pakar perubatan mahupun kesihatan. Mereka hanyalah sekumpulan pengamal psuedoscience gentle birth yang cari makan dengan mengajar sesuatu yang tidak diiktiraf dunia sains perubatan mahupun KKM. Mereka ini lebih kepada cari makan dengan buat kelas sahaja.

Risiko kelahiran bayi songsang, baby bersaiz besar, baby lemas, dan lain-lain di rumah, jika berlaku di hadapan doula-douli, pasti mereka akan lepas tangan. Mereka nak bertanggungjawab ke? Pasti tidak. Risiko kempen home birth gentle birth yang doula-douli bawa ini memang sangat merisikokan nyawa bayi dan ibu.

Maka, aku kira kemenangan semula 6-1 Dr. Sakinah selepas tewas 1-0 di first leg itu disebabkan dia tukar peguam. Sahabat aku, Mahmud memang seorang peguam yang penuh strategy, bersama-samanya Bani Prakash, gabungan mereka macam Ying & Yang. Itu sebablah mereka berjaya meragut kembali RM170k dan memastikan Dr. Sakinah TIDAK PERLU MEMOHON MAAF!

😉

ps : Siapa bukan gang eskrim Mat Kool, boleg try eskrim yang aku makan ni. Boleh dapatkan di IFMAL Bangi dan IFMAL Melawati.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.