MOHON DOULAMAS SHARE NOTA KETERANGAN PENUH DENGAN SEPENUHNYA..

M

Aku tertarik nak baca keseluruhan keterangan, tapi malangnya Doulamas hanya share bahagian defenden sahaja.

Aku hairan, kenapa dia nak sorok bahagian dia dan saksi-saksi dia. Aku tak jumpa dia ada share, kalau ada, tolong tunjuk kat aku.

Untuk berlaku adil, aku rasa elok kita semua sama-sama baca keterangan-keterangan kedua-dua belah pihak dan alasan penghakiman.

Aku percaya, takkanlah 3 hakim mahkamah rayuan boleh slash out general damages RM100k jadi RM30k je.

Kemudian, punitive damages pun dia slash out jadi telur ayam je. Apa itu punitive damages?

“Punitive damages are the payment that a defendant found guilty of committing a wrong or offense is ordered to pay on top of compensatory damages.”

Biasanya punitive damages mesti dikenakan jika benar-benar defendant dijatuhkan hukuman bersalah. Kalau tak kena bayar, nampak macam tak bersalah la pula.

Yang lagi dahsyat, hakim-hakim mahkamah rayuan juga menolak untuk apa-apa kos dikenakan kepada defendant.

Hakim-hakim di mahkamah rayuan yang seramai 3 orang secara sepakat menolak permohonan maaf dibuat, dikenakan kos, punitive damages, dan mengurangkan general damages.

Yang lebih padu, hakim-hakim di mahkamah persekutuan seramai 3 orang hakim yang diketuai oleh chief judge (CJ) , Tun Maimun, CJ yang telah memenjarakan Najib Razak juga tidak mahu menerima permohonan rayuan plaintif walaupun plaintif telah hire peguam super senior Haniff Khatri.

Bahasa orang kampung macam nilah,
“Cukuplah dah dapat eskrim Mat Kool tu, kau nak merayu apa lagi?”

Ohya, pihak defendant pula tidak mengemukakan apa-apa rayuan setelah mendapat keputusan mahkamah rayuan. Maksudnya, mereka dah berpuas hati dengan keputusan mahkamah rayuan.

So, betul la jika Dr. Sakinah dan kawan-kawan dia rasa diorang menang. Tapi takpa, kasilah kami baca nota keterangan pihak plaintif. Macam ada sesuatu pula bila diorang nak sorok.

Anyway, kalau boleh, aku mohon pihak peguam plaintif ceritakanlah apa yang hakim-hakim mahkamah rayuan cakap dalam mahkamah yang tidak ditulis di dalam alasan penghakiman untuk mengetepikan perintah-perintah JC mahkamah tinggi tu. Kalau boleh buat SD lah. Baru steady!

Takkan nak kata 3 orang hakim senior terkhilaf yang disokong oleh 3 lagi hakim federal court terkhilaf juga? 6-1 ni score dia. 6 hakim senior vs 1 JC. Mesti ada sesuatu kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.