Ada orang forward kat aku konon pasal peguam DD ni nak pertikaikan ajaran Islam. Dia cuba nak menggambarkan Islam menganjurkan peperangan dan pertumpahan darah dengan 1 hadis yang dia buat-buat tak faham. Dekat mana nak sangka baik selepas satu demi satu dia cuba menyerang Islam.
Selama ini, memang umat Islam dari kecil diajar dan dididik untuk bercita-cita keluar jihad dan dakwah, berharap akan mati syahid. Meninggikan kalimah Allah dan mengajak manusia mentauhidkan Allah. Budak sekolah tak sesuai? Jangan samakan IQ penghina Nabi SAW dengan budak-budak yang cintakan Nabi SAW.
Tariq ibn Ziyad, Usamah ibn Zaid, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ibnu Mas’ud, Ibnu Zubair, Imam as-Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan ramai lagi tokoh yang dari muda mendengar, membaca dan menyampaikan hadis-hadis Nabi SAW. Tidak pula mereka jadi pengganas.
Selama berapa ramai orang mengaji hadis 40 Imam Nawawi ni, takda pula aku dengar diorang balik kelas terus pergi serang orang bukan Islam. Darjah khas Sekolah Igama Johor wajib belajar dan hafal hadis 40 ni kalau tak silap. Takda pula keluar dari Johor gerakan khawarij ke apa ke.
Yang aku taulah..
Ada orang tu. Dia konon anti keganasan, tapi dia membela pendera adik Bella, dia membela pemukul bini, dan dia juga yang tunjal-tunjal kepala laki dia. Ini semua jiwa dan perbuatan ganas. Kitab mana entah ajar semua ni?
Haihhhsshh..
Tapi kan, kalau dibaca kesimpulan tu, jelas kata perang ke atas mereka yang memerangi kita. Jelas dah tu. Nak manipulate apa lagi. Lagipun, setiap hadis itu ada konteks dia, ada sabab wurud dia, maqasid dia. Itu sebab perlu diajar, disyararah, supaya tak sesat jadi pengganas, pendera, pemukul dan penunjal kepala lebai.
Aku taktaulah apabila dah jadi peguam DD, segala dosa dia menghina Islam selama ini dah diampunkan kerana DD sokong PN? Dah boleh tahalluf atau taqrib? Dah boleh dilupakan walaupun tak disyiarkan taubat. Boleh diangkat tahzir?
Ke macam mana kawan-kawan?
Ada sesiapa yang lepas ngaji hadis 40 terus jadi khawarij macam al-Syabab dan Boko Haram?
ps : Pak Syaikh baru mencadangkan pengajian hadis 40 di sekolah.