APA KATA HAKIM PADA HARI KESEMUA PEGUAM-PEGUAM SITI BAINUN TARIK DIRI?

A

Hakim untuk kes ini memang sangat baik hati dan favor kepada pihak Siti Bainun.

Hal ini dapat aku lihat daripada beberapa tindakannya yang melayan sahaja apa yang pihak Siti Bainun mohon melalui peguam-peguam dia yang ramai-ramai tu.

1. Meminta hakim melawat tempat kejadian. Hakim layan.
2. Meminta Kak Zue tak dilepaskan. Hakim layan.
3. Meminta saksi pendakwaan untuk jadi saksi mereka. Hakim layan.
4. Minta tangguh konon tak sihat. Hakim layan.
5. Minta tangguh selepas prima facie. Hakim layan.
6. Mengadu dekat hakim pasal team #JusticeForBella. Hakim layan.
7. Buat rayuan cabar keputusan prima facie hakim. Hakim layan.

Tetapi apabila kesemua ini dilayan, ketika Siti Bainun diarahkan membela diri. Kesemua peguam-peguam Siti Bainun letak jawatan. Dan-dan kononnya busy.

Korang tanyalah kawan-kawan lawyer korang. Ini semua taktik dan teknik nak delay-kan court. Takpalah, itu hak mereka nak tarik diri.

Cumanya pada hari itu, hakim sangat kecewa. Hakim ada sebut yang dia suruh kasitau kes mana, mahkamah mana, supaya dia sendiri, hakim sendiri pergi nego dengan hakim lain itu untuk mereka.

HAKIM itu nak tolong nego-kan kalau ada clash of dates!
Malangnya, tiada seorang pun yang submit. Apa maksudnya?
Maksudnya, itu semua alasan dan drama sahaja.

Aku sendiri dengar kata-kata hakim itu.

Korang bayangkan, beriya-iya diorang tangkap gambar dengan mini love, memuji ke”slow”an DPP, melawan team #JusticeForBella di dalam sosmen, tapi ketika Bainun diarah membela diri, mereka pakat-pakat chow.

Lepas tu sekarang ini, duk merentan dan meroyan lagi. Sesiapa yang ambil diorang sebagai peguam, hati-hatilah, mereka mungkin akan tinggalkan korang di saat akhir.

Kalau betul memang berjuang nak selamatkan Bainun, tapi clash, hakim offer diri nak nego-kan, kalau aku memang lapangan tangan aku tadahkan..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.