Sangat setuju.Hidup ini adalah sebuah pilihan.
Suami boleh pilih untuk kahwin lagi, isteri boleh pilih untuk stay atau chow.
Takyah gaduh-gaduh. Move on! Isteri kena steady, suami kena gentleman.Cuma aku nak tambah, isteri juga boleh minta cerai jika sudah tiada hati, sudah meluat dengan suami, rasa suami tak adil, tak perform, terlalu kuat politik, walaun atau walanon, pemalas, takda kerja, scammer itik, kaki pukul, penghina Nabi SAW atau kaki tunjal kepala.
Tak payah tunggu laki kahwin lagi. Islam tak paksa kau untuk hidup dengan orang yang kau tak suka. Cuma, keluarlah daripada perkahwinan itu dengan penuh adab, sopan dan akhlak yang baik. Bukan announce dekat sosmed, maki suami kau, lepas tu jadi hamster tambah anak lagi.
Tak perlu buat drama. Ingat, setiap kita ada anak-anak dan keluarga masing-masing. Penceraian adalah solusi, bukan medan membuka aib masing-masing. Anak-anak bukan buffer. Masih tetap kena bekerjasama walau tidak bersama. Ia tanggungjawab yang takkan terputus sampai kiamat.
Falsafah perkahwinan adalah acceptance. Penerimaan dan redha meredhai. Jika sudah tiada penerimaan, sudah tak boleh terima. Picit ubat gigit dekat tengah pun jadi isu, tidur dah tak peluk pun boleh jadi alasan nak bercerai.
Apa pun, nikah adalah syariat, cerai juga syariat. Dua-dua boleh dapat pahala, mawaddah dan sakinah. Yang penting, jangan maki bini dan suami korang dalam sosmed. Unless kau spisispenghina Nabi SAW dan penyokongnya.