SELAMAT HARI KEMERDEKAAN!

S

Merdeka-kan-lah jiwa, akal, pemikiran, poket, hati dan hidup korang daripada projek pembodohan politikus, ketaasuban terhadap lebai dan asatizah, dan semestinya hasutan syaitan.

Video ini staff aku yang dah arwah tu buat tahun lepas. Tak sempat aku nak post tahun lepas sebab busy malam tu. Cumanya, aku orang yang tak kisah pasal berapa tahun dah negara kita merdeka.

Malaysia ini gabungan beberapa negara, negeri dan wilayah. Sabah dan Sarawak Malaysia masuk kemudian, takkan diorang nak ikut kiraan 66 tahun kemerdekaan Tanah Melayu yang bermula tahun 1957, walhal mereka merdeka pada tahun 1963 melalui kemasukan ke Malaysia.

Itu sebablah di USA, mereka tidak mengira berapa tahun kemerdekaan. Mereka hanya set 1 tarikh sebagai hari kemerdekaan untuk semua negeri-negeri yang bergabung menjadi USA. Kerana di sana juga, ada yang negeri masuk awal, ada yang masuk lewat.

Apa pun, selamat menyambut kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia yang boleh bertutur fasih dalam Bahasa Melayu. Maaf, aku tak anggap orang yang tak fasih berbahasa Melayu sebagai rakyat Malaysia menurut kamus aku.

😉

https://www.facebook.com/watch/?v=168030106263500

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.