SALAH PENGANJUR RXZ MEMBER ADALAH TIDAK JEMPUT PMX!

S

Tahun lalu, dan sebelum-sebelum ini takda masalah, habis penyu di Pasar Payang puak ni borong bawa balik.

Tahun ni ada masalah sikit. Kena pukat. Kasihan. Aku cadangkan lepas ni buat dekat Penang macam event Vespa.

Atau buat dekat KL macam Motorshow, Art Of Speed dan lain-lain. InsyaAllah, takda pukat. Vespa-vespa banyak pun tak ikut law, ketuk no chasis juga banyak.

Art of Speed lagilah, motor-motor custom banyak dengan takda brake belakang. Handle monkey bar lebih kepala, lowered macam Lambo. Side mirror jangan tanya.

Kutip je terus semua. Nak pukat, pukat semua. Kalau atas aduan, berapa banyak scammer orang report, macam tak jalan je kes.

Jangan risau sahabat-sahabat penguatkuasa semua. Kami rakyat marhaen bukan baru lahir semalam. Kami tau kalian hanya menurut arahan.

Aku difahamkan event RXZ Member ini dah dapat blessing kerajaan negeri. Ia event yang diiktiraf, bukan event haram. Aku tidak sokong mana-mana perlanggaran undang-undang.

Tapi, biarlah berhemah, berhikmah, adil dan saksama. Jangan penyamun, perasuah, scammer dibiarkan, tapi rakyat marhaen nak ber-hobi diganggu gugat.

Aku bukan peserta RXZ Member, tapi aku duduk dengan anak-anak kampung mendengar pandangan mereka tentang event ini. Pandangan aku sama dengab mereka. Pandangan aku adalah pandangan mereka.

Aku hanya suarakan pandangan aku dan anak-anak Terengganu yang duduk bersama-sama aku. Kalau tak boleh terima takpalah. Kita berbeza pandangan.

Bak kata KJ,
“Come on, kita bukan baru lahir semalam…”

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.