RXZ MEMBER DI TERENGGANU DIPUKAT?

R

Aku tiba di Terengganu semalam, on the way ke Terengganu banyak RXZ atas jalan.

Rupanya ada RXZ Member gathering di Terengganu. Padanlah segala hotel dan homestay penuh dan harga pun melambung mahal.

Restoran-restoran dan cafe-cafe juga penuh malam semalam. Aku rasa ia sangat baik untuk ekonomi rakyat negeri Terengganu selepas covid. Ramai peniaga di Terengganu happy dan ambil peluang ini untuk hit sales mereka.

Inilah peluang mereka nak buat duit. Kehadiran RXZ member ini membuka peluang dan ekonomi untuk para peniaga di Terengganu. Bukan hari-hari kan? Rezeki dioranglah kan?

Aku tak nafikan RXZ Member ini dicemari oleh mereka yang tidak patuh undang-undang. Nombor pendaftaran sekecil ibu jari, aksi superman dan bising berlaku. Biasalah, dalam setandan pisang, takkan semua elok. Mungkin ada beberapa sikat yang problem.

Tapi, kan setahun sekali sahaja. Bukan hari-hari, ia ditimbal balas dengan penjanaan ekonomi di negeri Terengganu, negeri yang majoriti orang Melayu dan Muslim. Program ini pun dah mendapat blessing kerajaan negeri Terengganu, kan?

Hari ini aku terdengar mereka dipukat ramai-ramai oleh pihak polis. Ada yang disita motor mereka. Aduh, RXZ bukanlah motor murah pada hari ini. Tak patutlah motor mereka disita. Mereka bukan datang mencuri duit rakyat.

Jika mereka bersalah, saman sahaja. Kenapa perlu didera dan dihukum mereka sebegitu rupa. Mereka kan menghadiri aktiviti yang memberi impak ekonomi. Kasilah muka sikit. Ada yang datang dari jauh nun.

Ia ibarat orang pergi ke Art of Speed, motor show, kemudian mereka dipukat oleh pihak berkuasa ketika pulang. Pada aku, tidak patutlah. Nanti lepas ni, apa-apa event pun orang jadi tak minat nak datang.

Memang benar undang-undang itu undang-undang, tapi takkan takda toleransi atau budi bicara. Masa hari Jumaat, orang naik motor tak pakai helmet, parking bersepah-sepah. Kan boleh? Itu kan toleransi.

Adakah disebabkan RXZ Member itu dibuat di negeri 40-0 PN-PAS, mereka diganggu? Supaya selepas ini, mereka tidak menganjurkan di Terengganu. Mungkin di Penang, mereka tidak diganggu?

Entahlah.

Aku lihat lebih kepada objektif dan impak kepada ekonomi. Kalau kes dah prima facie boleh di-adjust, takkanlah orang nak ber-gathering motor setahun sekali pun nak diganggu.

Berlaku adil lah, ia lebih dekat dengan taqwa..

Kan?

😉

ps : Dulu mungkin aku marah, sebab harga hotel di KT naik 5x ganda. Tapi, setelah dewasa, aku faham tentang rezeki dan impak ekonomi. Aku ok je RXZ memekak semalam. Biasalah, bukan hari-hari.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.