Semasa Kementerian Luar Negeri (KLN) buat inisiatif mengutip derma untuk Pelestin ini, sudah ada beberapa sahabat pegawai PTD datang memberitahu aku.
Aku kata, aku taknak komen atau promote sebab aku nak ajar masyarakat untuk berfikir sendiri dan menilai sendiri. Kerana pada aku, jika sesebuah NGO itu makan 90% management fee pun, dah diberitahu, penderma redha. No issue at all!
Tetapi sebab makin banyak orang tanya aku apa alternatif. Maka aku boleh cadangkan, korang derma ke sini. Ini inisiatif kerajaan, inisiatif ulil amri yang menggunakan KLN.
Kata sahabat aku,
“Tiada management fee. 100% bagi Palestin!”
“Semua staff yang uruskan ni memang staff KLN, dah ada kerja dan gaji tetap. Kau ingat kami macam NGO lebai yang cari makan dengan duit derma?”
Apa yang lebih menarik, derma di sini dapat tax exemption. Dan semestinya akan diaudit oleh Jabatan Ketua Audit Negara! Rasanya PMX tahu isu ini, itu sebab dia ada sebut pasal jangan salahguna nama Palestin.
So, korang boleh pilih nak bagi bantuan melalui ulil amri atau bantuan melalui NGO XYZ%?
Kalau tanya aku, better kepada ulil amri. Lagipun, PMX pun jumpa Hamas juga. Kan?