(Orang perempuan jangan baca!)
Since ramai orang tag aku, kenalah aku conteng sedikit pandangan aku. Awal-awal Kak Zu aku yang tag. Aku reply gelak je sebab aku taktau mende. Semalam baru aku betul-betul faham cerita.
Sebagai pembawa nama Aliff. Aku ada hak menyuarakan suara hati kaum Alif. Nama Alif ini bukan nama maasum, ada Alif yang sotong, ada Alif sundal, ada Alif jalang, ada juga Alif awesome macam aku. Macam biasa, awesome memang tak ramai.
Kalau aku nak dapatkan sokongan kaum hawa hari ini, aku boleh join kecam rakan kaum adam aku yang nikah lagi dan tengah trending tu. Tapi, aku tak loser sebegitu. Aliff Ahmad sentiasa tegar dengan prinsip dia. Prinsip aku sangat jelas.
Nak perempuan ramai-ramai dalam hidup seorang lelaki ni lumrah yang normal. Yang tak normal je jadi feminis jadi-jadian. Atau dah sakit, nafsu takda, atau kecing manis tinggi sampai tak boleh up dah. Yang normal, memang fitrah. Tuhan tahu. Tapi tuhan dah kawal dengan guidline syariat limit 4 dan adil.
Aku boleh jadi loser macam laki-laki loser lain yang me-NORMALISASI-kan budaya TAKUT BINI. Tiba-tiba cerita kena hantar anak sekolah lah. Apa semua ni? Kenapa lelaki hari ini tak malu syiarkan yang diorang loser? Mana entah pergi maruah orang lelaki hari ini?
Prinsip aku mudah. Poligami itu hanya untuk lelaki awesome, lelaki ada “class”, poligami haram untuk lelaki loser. Lelaki loser jangan cuba-cuba nak poligami, duduk saja bawa ketiak bini. Belakang bini, kau menjalang saja macam kau biasa buat.
Korang tau apa persamaan lelaki yang dikecam itu dengan lelaki yang mengecam pula?
Kedua-dua puak ini sama saja, satu jenis suka tunjuk dialah paling “loving”, paling sayang bini, terpaling “family man”, terpaling romantik, dan terpaling geli-geli.
Yang satu ini suka tunjuk dia paling romantik dengan buat video-video dan tulisan-tulisan yang memuji muja isteri mereka atau bidadari mereka. Konon tak pro-poligami, tapi lepas tu kantoi ada video. Konon cinta mati, kemudian dia buat pengumuman nikah lagi.
Yang satu lagi pula, dialah terpaling ke depan mengecam orang nikah lagi. Dialah tokoh feminis diantara lelaki. Tapi, dia di belakang isterinya, di luar media sosial, dia jugalah kaki main perempuan di luar, minat bini orang, kaki porno dan kalau ke karoke, dialah paling hero mengapit kupu-kupu kiri kanan. Tangan dan jari jemarinya laju bergerak. Tangan yang dah stroke pun kembali berfungsi tau!
Pada aku, sama saja mereka ini. Sama-sama poyo. Bezanya, satu versi soleh, satu lagi versi sundal. Cara yang soleh puji-puji bini melambung-lambung, cara yang sundal mengecam lelaki lain nikah lagi.
Ada orang suruh aku komen pasal ada satu mangkuk tu nikah lagi, aku pun tanya balik,
“Dia muslim ke?”
Member tu jawab,
“Ya.”
Aku tanya,
“Agama dia larang dia nikah lagi ke?”
Dia jawab,
“Tak.”
Aku sambung,
“Dah tu, apa masalah?”
Dia kata,
“Kesian kat bini dia.”
Aku tanya,
“Bini dia tak puas hati ke? Kalau tak puas hati, dia boleh minta cerai. Talak juga syariat, bukan nikah dan poligami sahaja.”
Dia jawab,
“Bini dia ok je.”
Aku cakap,
“Dah tu, kau nak aku komen apa?”
Itu sebab dalam salah satu syarat yang aku tulis untuk berpoligami adalah kesediaan untuk bercerai. Kita kena terima yang bukan semua wanita boleh terima poligami. Kita tak nikah dengan wanita se-level sahabiah yang menjadikan perkahwinan hanya alat untuk mendapat redha Allah. Kita nikah dengan wanita-wanita akhir zaman.
Jadi, jika mereka minta untuk dilepaskan, lepaskanlah. Tak perlu gaduh-gaduh. Korang yang duduk kecam orang nikah lagi tu, apa korang dapat? Belum tentu korang lebih baik daripada orang yang korang kecam.
Ingat, Alif Teega tu dulu pun gang kecam lelaki yang poligami juga tau! Apa pun, nama sebenarnya bukan Aliff. Aku dah check, nama dia Haza-lif. Itu sebab aku check dalam database Alif yang loser tak jumpa. Ohya, dia juga laki bini suka buat video geli geleman konon bahagia.
Sekian, harap maklum. Itulah aku dah sebut banyak kali, yang buat content personal life ni selalunya bullshit.