PW DATANG OFFICE AKU..

P

Semalam, beriya-iya si admin PW nak jumpa aku. Tapi dia datang tak pakai spec lah. Kalau ikut kanda, dia muka nerd dan pakai spec.

Aku pun taktau kenapa dia nak sangat jumpa. Aku tak kaya, takda NGO power cam kanda, aku takda cawangan bisnes sampai 97-103 biji seluruh Malaysia.

Aku pun suruhlah dia datang jam 6 petang. Rupanya dia menceritakan segala impian dan rancangan dia dalam perniagaan. Perangai aku cam biasalah, siapa nak jumpa aku, kena ikut timing aku dan kadang-kadang kena sidai.

Selain itu, dia nak sangat bergambar dengan aku. Aku pun kasi chance-lah. Orang dah datang dari jauh kan. Dia ni orang Ipoh. Katanya bini dia pun fan tegar aku. Tegar tau, buka teega.

Dia rupanya pernah masuk PRU lawan Anwar Ibrahim di Tambun mewakili Pejuang-GTA. Masa tu, kawan aku orang Tambun pernah cerita, calon Pejuang-GTA kempen politik pakai Urus. Punya jiwa melawan sampai masuk PRU!

Rupanya si admin PW nila orangnya. Dahsyat, kaya dan berjaya pakai Lambo. Aku je bawa Axia Kompang sampai hari ni. Datang pun bawa 1 bini. Bini dia pun agak steady. Tak kecoh nak menyampuk kami bersembang.

Dalam sembang-sembang dengan saudagar laptop refurbished IMIKA ni, aku cuma tertarik dengan ceritanya yang dia tengah saman Nordin GTR Burger. Katanya, anak murid Azizan 8 PhD tu panggi dia scammer.

Steady! Kalau kau nak jadi usahawan, memang kau kena jaga nama baik kau. Kalau kena fitnah, mesti kena lawan. Lawan sampai lunyai. Nordin GTR Burger panggil dia scammer, dia saman.

Memang aku harap Nordin berjayalah buktikan admin PW ni scammer di mahkamah. Aku tutup majlis dengan bertanya,
“Apa kau nak aku tolong kau? Apa aku boleh tolong?”

Dia ajak aku buat system database pekerja bermasalah. Katanya, dia ramai ex-staff yang tak jujur kantoi mencuri. Dia pun ajak aku lawan kerajaan, tapi aku kan sayang Rafizi, mana aku nak lawan kerajaan.

Apa pandangan korang dengan idea admin PW ni? Buat database pekerja bermasalah. Kartel majikan sokong tak?

😜

ps : Aku try minta pinjam RM100, dia tak bagi. Patut try pinjam RM1 juta terus kan?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.