SEPAK MAFASID – AKU, LEBAI AZIZI RAHMAN DAN ISMA AUSTRALIA

S

Semalam, ada bocah-bocah pentaasub lebai ISMA telah mengingatkan aku program yang membuatkan aku tahu yang ajaran ISMA adalah ajaran yang mengajar ketaasuban.

Selepas lebih 10 tahun, tuhan tunjukkan kebenarannya secara terbuka. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, Allahuakbar! Aku sangat bersyukur hari ini tuhan dah tunjukkan betapa bobroknya jemaah mereka.

Dulu, aku pernah bising budak-budak ISMA Australia tipu kami persatuan lain di Australia isu sewa dewan. Kisahnya begini. Ketika itu, kelab Umno, Kelab Ilmu dan MyPSA hendak buat majlis berbuka puasa.

Mesyuarat dibuat di rumah aku. Ketika itu mesyuarat dihadiri oleh Hanif Zainudin UTHM (Mypsa), Hisham Shariff (UUM), Aput/Shariffuddin (Kelab Umno) dan Muhaimin (Kelab Ilmu). Aku tulis nama betul kerana ia kejadian yang benar-benar berlaku.

Tiba-tiba, Hisham Sharif yang datang di atas tiket MyPSA tiba-tiba kata ISMA nak “join” sekali. Atas semangat saudara se-Islam, kami izinkan walhal asalnya memang taknak ajak puak ISMA kerana puak mereka ini maaruf akan buat masalah.

Maka, kerja dan tanggungjawab dibahagi-bahagikan, kerja ISMA adalah menyewa dewan komuniti. Hisham Sharif setuju mewakili ISMA. Aku ketika itu dah rasa tak sedap hati. Macam ada tak kena.

Selepas habis program, mestilah kita nak buat “post-mortem”, maka kita minta segala resit kos dan termasuk resit sewa dewan, malangnya puak ISMA tidak mahu datang mesyuarat “post-mortem”.

Diorang hanya nak tuntut bayaran sewa dewan sahaja. Hisham Sharif terus buat tuli. Ajak datang mesyuarat terus taknak datang dah. Aku dah mula syak sesuatu yang tak kena. Kalau tak salah, kenapa lari.

Macam kes AmanPel, kalau tak salah kenapa takut nak buka segala dokumen, taknak audit selama 5 tahun kan. Setelah aku buat semakan di pusat komuniti, rupanya puak ISMA sewa dewan 1 hari penuh.

Siang diorang pakai program diorang, malam program dengan kami. Padanlah diorang sorok resit. Yang tempah dewa ialah Abanglong ISMA, Umar Faruk Shamsudin yang dikenali perangai yang agak selekeh.

Diorang “claim” sewa dewan 1 hari dekat kami, tapi kami hanya pakai 7-10pm macam tu je. 8am sampai 5pm, diorang pakai. Lepas tu minta resit taknak bagi. Lepas kantoi, memang aku marahlah. Dahla datang rumah aku minta nak “join”, lepas tu kau “scam” kami. Kau nak pakai 8am – 5pm, kau bayarlah bahagian kau!

Ada satu hari, lebai Azizi Rahman, lebai ISMA datang Australia. Lebai ni pun jenis takda kerja betul. “Full time” dengan ISMA katanya. Mana dapat gaji? Korang boleh fikir sendirilah. Ketika itu, Baem ajak buat Lepak Maqasid macam Wanji buat di Malaysia.

Aku suruh tukar kepada Sepak Mafasid. Apa barang tiru nama orang. Di majlis itu Lebai Azizi telah mempertahankan tindakan menipu anak-anak buah ISMAnya. Malam itulah, aku tahu betapa teruknya ajaran ISMA dan selama ini aku ingat budak-budak je hampeh, rupanya lebai pun hampeh!

Mat Ridwan tanya aku,
“Alep, kenapa kau beriya nak lawan penipuan budak ISMA? $200 je. Kita dah maaruf diorang ni memang penipu dan taasub gila.”

Aku jawab,
“Kalau hari ini sewa dewan $200 pun diorang boleh tipu, lepas ni mesti lagi besar!”

Hari ini, tuhan telah buktikan.
AmanPel 5 tahun tak beraudit, budak-budak ISMA diamkan. Lebai-lebai ISMA macam lebai Azizi diamkan diri.

Ceo AmanPel menipu dalam kenyataan media konon SSM benarkan, kantoi menipu. Bocah-bocah ISMA diamkan, lebai Azizi pun diamkan.

Sampailah duit daripada AmanPel masuk ke syarikat milik Dollah Zaik pun diorang buat-buat tak nampak. Apa sebab, sebab taasub.

Diorang nak cerita kononnya aku lawan diorang dulu. Dulu aku lawan sebab diorang menipu, hari ini aku lawan diorang pun sebab diorang menipu. Aku konsisten lawan penipuan, diorang konsisten nak tutup penipuan.

Dulu tipu sewa dewan dalam $200. Hari ini diorang tipu duit derma orang ramai. Ada isu muamalat tentang wakalah. Mana lebai Azizi, apa khabar? Kenapa dia? Mana dalil syariah?

Taknak terangkan macam mana duit AmanPel boleh masuk dalam syarikat Dollah Zaik? Daripada Samudra Champa masuk ke syarikat anak Dollah Zaik?

Kalau dulu aku lawan diorang, adakah diorang boleh guna duit derma ikut kepala nenek budak-budak ISMA? Sebab aku lawan diorang, diorang boleh audit lewat? Lainlah diorang kutip duit budak ISMA sahaja.

Hari ini tuhan dah tunjukkan kebenaran. 131kg emas mana pergi? RM34 juta buat apa? Budak ISMA yang taasub akan kekal bersama lebai-lebai mereka kerana mungkin pada mereka, lebai mereka maasum barangkali.

Kan?

Dulu jenayah sewa dewan, hari ini jenayah kopiah putih! Inilah arus baru, Melayu Sepakat ISMA Berdaulat! Takbir!

Alhmdulillah, selepas lebih 10 tahun, mafasid memang dah kena sepak!
Koh koh koh!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.