HASIL DIDIKAN DOLLAH ZAIK DAN ISMA AKAN JADI BEGINI CERDIK KE?

H

Beginikah hasil didikan usrah ISMA? Tergelak aku tengok betapa terdesaknya bocah-bocah ISMA yang nak mempertahankan pertuduhan dan penemuan yang SPRM lakukan/jumpa baru-baru ini.

Ada yang kata itu arahan FBI lah, tangan ghaib lah, ada yang cuba memberi justifikasi cerdik yang kononnya dibawa lari melalui Samudra Champa itu adalah strategi perjuangan untuk memberi bantuan. Kalau sekadar strategi, kenapa nak ambil keuntungan?

Aku tertarik dengan kebodohan yang satu lagi ni. Sebab dia tag aku. Budak ni aku sahkan budak ISMA disebabkan dia ada gambar dengan poster ISMA dan AmanPel. Ini memang cara ISMA nak buat appearance. (Rujuk : Gambar 1)

Kemudian, aku terus melihat profilnya. Dia bekerja dengan Fix & Go. Fix & Go ini milik Definite Security Sdn. Bhd. Yang juga milik Technerve Technology Solution Sdn. Bhd yang juga dimiliki oleh Samudra Champa Sdn Bhd, syarikat milik Amirul mukminin ISMA, Dollah Zaik dan CEO AmanPel, Awang Piyan yang sedang dituduh di mahkamah.

Oh, padanlah! Budak ni makan hasil daripada Samudra Champa rupanya! Padanlah hujahnya terlalu cerdik kerana telah disuap duit halal yang sedap. Sedap sehingga menjadi secerdik ini!

Budak ini cuba nak mempertikai KIWF (Khadijah International Waqf Fund) yang aku pernah puji suatu masa dulu. Apa tujuannya? Mungkin nak kata KIWF juga ambil duit dan labur. Dia nak kata yang AmanPel buat tu macam sama dengan KIWF.

Aku ada beberapa hujah nak jawab kecerdikan ini.

Pertama :
Jika KIWF salah dan berdosa. Didakwa juga dengan lebih 160 pertuduhan. Aku tersilap memberi pujian. Adakah ia dalil atau hujah untuk membenarkan perbuatan AmanPel dengan Samudra Champa? Sejak bila manhaj Islam membandingkan dosa dengan dosa, salah dengan salah? Jika begitu, mudahlah para pendosa dan penyamun derma,

“Takpalah, orang lain pun buat.”
“Takpalah, orang lain lagi teruk!”
Adakah ini ajaran Dollah Zaik di dalam ISMA? Tidak bukan?

Kedua :
KIWF tidak sama seperti AmanPel. KIWF terang-terang adalah dana waqaf. Dana waqaf memang dibenarkan melalui lesen di LFSA untuk dilaburkan. Cara dan metodologinya telah diterangkan secara terbuka, bahkan bocah itu pun dah melakukan tangkap layar “flow” dana waqaf itu dibuat. Berbeza sangat dengan AmanPel yang ada isu syariah tentang wakalah. Ulama’ ISMA pun masih diam menyepi ibarat syaitan bisu.

Ketiga :
KIWF melabur di atas kapasiti KIWF. Aset, akaun, dan segala pelaburan di atas nama KIWF. Tidak seperti AmanPel yang didakwa menggunakan syarikat milik pemegang amanah atau pengarah AmanPel untuk melakukan pelaburan dan pelaburan dibuat ke atas syarikat milik anak Dollah Zaik.

Keempat :
KIWF ini ditubuhkan oleh makcik-makcik yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. KIWF memang “purely voluntary” punya kerja. Korang boleh semak sendiri semua orang-orang kuat di dalamnya. Siapa mereka sebelum KIWF wujud. Dollah Zaik dan Awang Piyan siapa sebelum ini? Selepas pulang dari Mesir, dia seorang ahli korporat yang berjaya? Usahawan yang berjaya?

Aku nasihatkan budak-budak dan bocah-bocah ISMA untuk bertaqwa kepada Allah dan bertaubat segera. Lebai-lebai korang telah melakukan kesalahan yang fatal dari awal lagi dari sudut menjadi integriti dan etika.

1. Tidak beraudit selama 5 tahun!
2. Menipu di dalam siaran media secara tarbuka konon SSM membenarkan kelewatan tersebut!
3. Tidak isytihar di dalam laporan audit KESEMUA “pelaburan” yang dibuat!
4. “Melabur” di syarikat Dollah Zaik dan Awang Piyan!
5. Syarikat Dollah Zaik dan Awang Piyan melabur di syarikat anak Dollah Zaik.
6. Kesalahan syariah dalam menjadi wakalah pengutip sedekah.

Dengan 5 kepelikan ini, takkanlah tidak rasa bahawa integriti tokoh-tokoh kalian boleh diragui? Duit yang masuk ke Aman Palestin bukan duit orang-orang, budak-budak, atau bocah-bocah ISMA sahaja. Betul tak?

Tapi aku tak pelik, asas jemaah usrah memang mendidik untuk taasub. Menjadi kultus, asabiyah dan “taasuber”.

Aku terbuka untuk berdebat dengan mana-mana orang ISMA-AmanPel dalam isu ini secara terbuka, dirakamkan dan disebarkan. Kalau ada yang berani boleh cadangkan penganjur yang adil dan neutral.

Itu pun kalau ada yang berani. Marilah!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.