Tahukah korang yang menikahi janda terdapat pahala yang khas Nab SAW dah beritahu?
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,
السَّاعِى عَلَى الأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ، أَوْ كَالَّذِى يَصُومُ النَّهَارَ وَيَقُومُ اللَّيْلَ
Orang yang berusaha memenuhi keperluan janda dan orang miskin, pahalanya seperti mujahid fi Sabilillah atau seperti orang yang rajin berpuasa di siang hari dan rajin tahajjud di malam hari.
(HR. Bukhari 6006 & Muslim 7659)
Pahala yang luar biasa ini adalah kesempatan bagi sesiapapun yang saat ini bercita-cita ingin mendapatkan pahala jih4d. Semoga nanti dikumpulkan bersama para mujahidin.
Ibnu Batthal dalam syarah Saahih Bukhari mengatakan,
من عَجَز عن الجهاد في سبيل الله، وعن قيام الليل، وصيام النهار – فليعملْ بهذا الحديث، ولْيسعَ على الأرامل والمساكين؛ لِيُحشر يومَ القيامة في جملة المجاهدين في سبيل الله، دون أن يَخطو في ذلك خُطوة، أو يُنفق درهمًا، أو يلقى عدوًّا يرتاعُ بلقائه، أو ليحشر في زُمرة الصائمين والقائمين
Sesiapa yang tidak mampu berjih4d di jalan Allah, tidak mampu rajin bertahajjud atau berpuasa di siang hari, hendaknya dia beramal dengan hadis ini. Berusaha memenuhi keperluan hidup janda dan orang miskin, agar kelak di hari kiamat dikumpulkan bersama para mujahidin fi sabilillah. Tanpa harus melangkah di medan jih4d atau mengeluarkan biaya, atau berhadapan dengan musuh. Atau agar dikumpulkan bersama orang yang rajin puasa dan tahajud.
(Syarh Shahih Bukhari – Ibnu Batthal, )
Memang benar, bernikah dengan janda macam berjih4d dan berpuasa.
Lelaki sejati, tanamkan cita-cita ini!