JANGAN BOIKOT KK MART! TAPI SILA SOKONG KEDAI MESRA PETRONAS!!

J

KK Mart adalah kedai runcit serbaneka runcit (convenience store) moden yang sama kategori dengan 7e. KK Mart dimiliki oleh Chai Kee Kan dan isteri. Manakala 7e dimiliki oleh Berjaya Group milik Vincent Tan.

Siapa yang mengenali aku, patut tahu aku tidak menyokong mana-mana agenda boikot. Namun aku hormat pendirian dan pandangan boikot kerana pada aku, duit masing-masing, sendiri boleh pilih nak beli apa dan dekat mana.

Dalam hal kedai runcit moden ini, aku kurang berkenan sikit dengan 7e dan KK Mart kerana mereka menjual arak si pembunuh. Anak-anak orang Islam yang kerja di sana terpaksa menjadi penjual arak. Walaupun aku kadangkala masuk dan beli chewing gum.

Tapi..

Aku lebih memilih (favor) Kedai Mesra. Aku harap Kedai Mesra boleh dikembangkan (expand) lebih daripada sekadar di stesen minyak Petronas sahaja. Barulah masyarkat ada pilihan lebih sikit. Nak ke KK Mart, 7e atau Kedai Mesra.

Betul tak?

Kedai ini milik Petroliam Berhad Dagangan Berhad, anak syarikat Petronas 100 milikan kerajaan Malaysia yang bermaksud milik kita semua. Petronas Dagangan (PetDag) juga sudah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dengan harga RM21.80* sesaham lebih kurang. Saham mereka juga patuh syariah.

Jadi, jika korang membeli di Kedai Mesra, manfaat tetap kepada rakyat kerana Petronas membayar dividen kepada kerajaan Malaysia untuk bayar gaji politikus-politikus di perlimen dan pembangunan negara. Dibandingkan kalau korang membeli di KK Mart atau 7e. Ya, mereka juga bayar cukai, tapi yang tuannya masih individu manusia.

Kalau korang lebih bijak, korang belilah saham Petronas Dagangan. Sudahlah korang menyokong perniagaan milik rakyat, korang mungkin dapat dividen dan potensi kenaikan harga sesaham. Ibarat korang membeli di kedai sendiri sambil menabung. Keluar dari khilaf.

Kalau tanya aku, tiada istilah boikot untuk diri aku. Yang ada hanya pilihan. Dan aku pilih Kedai Mesra!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.