YOU CAN BUY CAR, BUT YOU CANNOT BUY STYLE in REALITY!

Y

Kalau kau perasan budak-budak baru nak UP sama ada dari kaum artis, budak politik, startup atau kaum penjual ubat kurus psuedoscience, biasanya akan sentiasa cuba tunjuk kaya melalui kenderaan yang mereka miliki.

2 jenis jenama kenderaan yang biasa mereka beli untuk kelihatan kaya adalah Ford Mustang 2016/2017 dan Toyota Vellfire. Kan betul tak? Kenapa mereka tak beli Ferrari F430 atau GTR 2008/2009? Kan lagi murah? Nanti aku jawab.

Disebabkan masyarakat tidak dapat menilai dengan baik, 2 kenderaan inilah biasanya yang mampu mengaburi mata masyarakat yang naif. Konon kaya dan konon hebat, kau pun terbeliaklah biji mata kan? Itu belum kau check, sebenarnya sambung bayar je!

Kenapa Mustang? Sebab itu jelah “super car” yang murah dan baru. Yang eye catching. Dan paling utama, kau boleh ambil loan lagi. Kalau kau beli Ferrari F430 atau GTR, kau perlu bayar cash! Kereta lama, macam-macam maintenance kau kena buat! Barang-barang dia pula, bukan murah kan.

Nak beli Ferrari 458 pula harga masih nak dekat 1 juta lagi, GTR 2017 harga masih 400k lebih, jadi Mustang boleh loan lah pilihan terbaik. Harga pun dalam 250k ke 300k je! Mampu milik lah! Baru pula tu! Dah faham?

Begitu juga Vellfire recond. Harganya tidaklah melebihi 300k dan masih boleh loan. Lepas tu kau boleh bawa ramai orang. Boleh buat sewa lagi! Tapi jangan lupa Scrut dulu tau sebelum beli! Dah clear sekarang?

Mustang bukanlah kereta yang sedap dipandu, sempit dan tak best langsung pun. Orang ada style beli, pakai weekend je. Tak beli untuk pakai hari-hari, bawa anak bini, bubuh stroller bagai. Kalau kau tengok orang tu beli Mustang, pakai kerap, merata, bawa pergi shopping dan holiday, ketahuilah, itulah kereta terhebat yang dia ada. Langsung tak style! Itulah bukti dia tak kaya dan tak hebat mana pun.

Vellfire pula, kalau kau tengok dia drive sendiri, hari-hari, ke hulu ke hilir, itulah bukti dia ada kereta itu saja. Vellfire ni kalau nak ada style, kena driver yang drive. Bukan kau drive sendiri. Tak guna Vellfire kau baru macam Optimus Prime, tapi kau sendiri yang jadi driver! Ohya, lagi 1. Kalau Vellfire kau mahal mana pun kalau kau pakai no plate murah (running no), nampak sangat kau tak style!

Jadi kesimpulannya, kau tak payahlah rasa takjub or kagum atau impress dengan segala kosmetik yang dipaparkan dalam media sosial ni. Orang yang betul-betul kaya, bijaksana dan berjaya takkan tunjuk apa yang dia ada di media sosial!

Aliff Ahmad
co-Founder SCRUT
www.scrut.my

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.