Abuya al-Arqam dulu, tiada siapa yang menafikan akhlaknya, pemurah, penyayang, bahkan dia sangat zuhud. Kekayaan al-Arqam? MasyaAllah!
Kalau gerakan dan dirinya masih hidup pada zaman sosial media hari ini, pasti dia akan mendapat liputan meluas dan dikagumi oleh mereka yang gagak berfikir dengan baik.
Ketika kegemilangan al-Arqam, apa yang orang di luar nampak adalah semuanya indah. Aku sendiri sebagai anak kecil sangat menunggu majalah keluaran merereka.
Aku sampai pernah kasitau mak aku yang aku nak masuk al-Arqam. Lagu-lagu Nada Murni dan The Zikr menjadi alunan nasyid kami di zaman kanak-kanak.
Dalam keindahan yang digambarkan, tiba-tiba Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad membuat pembongkaran tentang korupsi di dalam al-Arqam dan jenayah seksual.
Selepas itu, barulah pembongkaran kesesatan akidah. Akhirnya, al-Arqam diharamkan. Maka lahirnya Rufaqa dan kemudiannya Global Ikhwan. Tanpa kepimpinan, karisma dan ketokohan Abuya, al-Arqam gagal bangkit seperti dulu.
Apa pun, aku nak kasitau. Watak agama yang kononnya indah dan mulia, belum tentu tiada korupsi dan jenayah di sebalik topeng kopiah dan jubah.
Hati-hati! Jangan taksub!