ADAKAH ANAK MUDA INI MARKET WIZARD BARU YANG BAKAL DILAHIRKAN?

A

Budak ni contact aku lepas dia terlihat aku cuit-cuit guru-guru saham sembang kencang, seperti DDNK, Alwi Adam, Asri Ahmad, Srikandi, Najib Saahari, dan Pakdi selama ini.

Kau nak tunggu diorang ni sahut cabaran aku? Haha. Memang aku tau diorang takkan berani. Diorang sendiri tau apa keputusannya nanti bila random backtesting dijalankan dan statistical analysis dibuat terhadap system mereka.

Rasa tak sia-sia aku cuit segala guru-guru saham yang aku tau diorang semua tu sembang je lebih. Akhirnya muncul seorang anak muda (bukan guru saham) yang tampil minta aku test system dia.

Semalam, dia bagi aku 5 pick. Semua profit! Impressive! Aku minta dia bagi aku sehari 5 pick, aku akan test dia intraday punya pick selama 2 bulan. Baru aku nak jumpa dia untuk buat random backtesting dengan dia.

Kenapa dia confident? Aku rasa MUNGKIN sebab..
1. Dia buat system sendiri.
2. Dia buat research dengan indicator sendiri.
3. Dia tak pakai off shelve punya indicator mahupun signal atau system.
4. Dia tak jual kelas. Jadi tak perlu takut kalau dia gagal.
5. Dia boleh coding sendiri.

Alhamdulillah. Ada juga orang yang benar-benar genuine wujud di Malaysia. Aku memang tak sabar nak tunggu Isnin ni punya pick!

Ada guru-guru saham yang berani? Sembang depan cult berani lah!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.