Adakah Benar OneXox Syarikat 100% Milik Bumiputera Melayu Muslim?

A

Aku ialah penyokong kempen #BMBF. Tapi aku tahu realitinya banyak syarikat yang menggunakan Melayu sebagai proksi atau alibaba. Melayu-melayu yang kurang maruah ini hanya pentingkan diri dan keuntungan sendiri sahaja yang sanggup melakukannya. Atas request beberapa rakan bertanya tentang status Onexox ini, aku tulis pandangan aku tentang Onexox.

Aku selalu melihat apabila kempen mengenai membeli produk Bumiputera Muslim, pejuang-pejuang OneXox akan berkempen masuk di ruangan yang ada. Persoalan aku, kenapa syarikat telco lain tidak begitu beriya-beriya menghantar pejuang-pejuang mereka untuk spam wall-wall tersebut? Kenapa dealer-delar Celcom tidak beriya-iya seperti mereka? Bukankah Celcom juga jenama yang sinonim dengan Melayu?

Dalam masa yang sama, aku tertanya-tanya, adakah benar OneXox ini milik Bumiputera Muslim kerana setahu aku Xox adalah syarikat public listed milik bangsa Cina?

Kata pejuang-pejuang OneXox, OneXox ini milik individu Facebook bernama Ariesham atau nama sebenarnya Bobie Farid Shamsudin. Beliau merupakan CEO Onexox Sdn. Bhd. Aku lihat, beliau sendiri juga bermain “race marketing” secara sinis kerana kelihatan beliau selalu troll pengguna telco Redtone/Redone, Maxis dan Digi. Yelah, mungkin syarikat itu kan bukan milik Melayu Bumiputera atau takda sijil patuh syariah. Dalam masa yang sama, mengangkat produk Onexox patuh syariah. Cara marketing beliau diikuti oleh pejuang-pejuang Onexox juga.

Sedikit carian tentang Bobie Farid, aku menjumpai tentang sejarah perniagaan lama beliau. Beliau merupakan CEO syarikat E-Dymium, syarikat MLM gelang ajaib yang sangat popular suatu ketika dulu, kemudian dengan Salamphone, juga MLM yang berasaskan Telco. Basically, Bobie Farid ini memang penggiat aktif MLM sebelum menjadi CEO di Onexox. Beliau merupakan leader MLM yang bertaraf legend! 

Rujuk : http://edymium2k.blogspot.com/2008/09/profail-syarikat.html?m=1

Tidak hairanlah Onexox memerlukan sijil patuh syariah kerana sistem marketing OneXox juga menggunakan kaedah rebranding MLM. Senang cerita, tunggang agama lah bak kata para muda mudi hari ini! Aku juga terjumpa keratan akhbar yang kononnya menjalankan perniagaan berteraskan Quran seperti di atas. Tunggang lagi! Tone Excel dan Affiliate Junction juga ada sijil patuh syariah. Adakah bila memilik sijil patuh syariah menjadikan sesuatu syarikat itu menjadi milik Melayu Muslim Bumiputera? Kenapa tidak melalui sijil status Bumiputera? Atau berdasarkan sijil SSM?

Padanlah pejuang-pejuang Onexox masuk wall orang sana sini tak ubah seperti pejuang-pejuang produk MLM lain kerana sistem marketing mereka yang push dealer-dealer untuk meraih komisen melalui sales! Ada tiering-tiering dan komisen yang berbeza-beza. Yang menariknya skrip mereka 100% milik Muslim/Melayu/Bumiputera? Just nak tanya, berbohong dalam marketing ni patuh syariah tak?

Dari segi pengalaman kerja dan pendidikan, Bobie Farid hanya pernah bekerja sebagai pramugara dan tidak diketahui beliau mempunyai ijazah dalam apa-apa bidang. Kerana ini beliau sanggup menjual gelang scam suatu masa dulu. Mereka yang tidak ke universiti biasanya tidak tahu menapis dan menimbang fakta melalui neraca intelektual. Tapi yang pasti beliau pakar MLM. Itu tiada keraguan!

Seperti yang kita sedia maklum, Xox adalah MVNO yang ditubuhkan untuk cater market Cina di Malaysia. Sebuah telco “niche bangsa” yang fokus hanya untuk 1 bangsa sahaja. Untuk menjadi MVNO, syarikat perlulah memiliki dana dan profile yang baik. Xox memang mendapat special deal. Hal ini aku dengar sendiri dari deputy CEO Axiata suatu masa lalu.

Rujuk : https://xox.com.my/about-us/corporate-information/

Dari Xox, maka mereka melahirkan Onexox. Aku telah melakukan pencarian SSM dan aku dapati OneXox dimiliki 60% Xox dan 40% Onetelco. Majoriti pengarah Onexox ialah bangsa Cina dan secretary juga 100% bangsa Cina. Tiada nama Bobie Farid Shamsudin di dalam senarai pengarah. Kenapa? Jadi, adakah Onexox adalah syarikat Bumiputera Muslim? Atau sebenarnya hanya proxy Xox untuk cater market Melayu setelah Xox sendiri gagal dalam market Cina? 

U/p : DS Abdul Azim ialah mantan bendahari Umno yang telah keluar Umno setelah kekalahan BN.

Bagaimana definisi syarikat Muslim Bumiputera? Majoriti BOD Melayu Muslim? Majoriti share milik Melayu Muslim? Atau hanya sekadar memiliki sijil patuh syariah sudah cukup? Onetelco dilihat seolah-olah hanya proxy atau SPV (special purpose vehicle) untuk memegang share sahaja jika dilihat dari paid up capitalnya yang tidak seberapa.

Aku sendiri pernah bertemu dan bersembang dengan Bobie Farid di pejabat beliau. Ketika itu aku sedang baru berperang dengan Pengiran Luqmanul Hakim Abdul Rahim (Pengaku anak angkat sultan Brunei tu). Dia menceritakan dia penyokong DrMaza dan DrRora. In other way, dia nak kasitau dia gang “sunnah” or “wahhabi”.

Bobie sangat “beriman” dengan Si Pengiran itu sehingga akhirnya, dia memfitnah aku buat fake account menyerang dia walhal kami asalnya tiada masalah. Dia juga berkata buruk tentang aku dengan business parter aku, seorang sarjana Islamic Finance yang popular. Jadi aku telah mencabar dia untuk bermubahalah. Sebagai orang “sunnah” dia sepatutnya sahutlah. Tapi dia melarikan diri. Selain itu, aku juga pernah menjemput dia untuk menjadi saksi di mahkamah untuk saman fitnah aku terhadap Si Pengiran. Pun dia taknak. Sepatutnya orang “sunnah” tak lari memberi kesaksian dan bercakap benar bukan? Offer aku untuk mubahalah sentiasa valid, itu pun kalau Bobie Farid beriman dengan Quran.

Akhirnya, Allah telah buktikan kebenaran di pihak aku. Kes Si Pengiran merembat dana derma terbongkar. Si Pengiran lari dan off semua account Facebook dia. Bobie juga keluar dari group Ponzi Scheme Alert Malaysia kerana malu. Kata seorang teman, mungkin si Bobie ni buat baik dengan Si Pengiran sebab takut Onexox patuh syariah dia kena serang kerana system MLMnya. Agak logik juga, kerana Bobie tidak komen apa-apa bila mengetahui yang Si Pengiran telah sedut habis dana kutipan melawan Affiliate Junction batch ke-2 dan ke-3. Dia hanya mahu melepaskan diri barangkali.

Ada yang bertanya kenapa aku tak saman saja si Bobie Farid tu sebab dia kaya. Kenapa hanya ajak dia mubahalah saja. Biar aku terangkan, aku ajak dia bermubahalah sahaja kerana dia kan orang “sunnah”. Itu saja. Sebenarnya, kenapa nama dia tiada dalam mana-mana SSM? Tak pelik ke? Disebut-sebut pemilik 100% syarikat tapi nama tiada dalam SSM. Sebenarnya Bobie Farid ialah seorang yang bankrap. Apa yang aku boleh dapat saman mat bankrap?

Jadi segala kemewahan dan kekayaan yang dia tunjuk tu bukan atas nama dia, bukan milik dia. Hatta, syarikat TKKR dia itu pun diletakkan atas nama anaknya sebagai proksi. Pada aku, sebagai orang “sunnah” eloklah hutang dibayar dulu sebelum buat team motosport. Ya, aku boleh agaklah, dekat situlah tempat dia cash out dari Xox melalui wang penajaan kepada syarikat motorsport tersebut. Dengan anak lahir yang tahun 98 dan paid up capital syarikat sekadar RM100 je, itulah standard kebiasaan orang lakukan. Sekadar pandangan aku sahaja.

Kesimpulannya :

  1. Onexox bukan syarikat milik Muslim Melayu Bumiputera 100%.
  2. Onexox menggunakan system MLM patuh syariah.
  3. Bobie Farid Shamsudin seorang bankrap.
  4. Marketing Onexox “tunggang agama” melalui sijil patut syariah.
  5. Mendapat sijil patuh syariah tak menjadikan syarikat itu 100% Muslim Bumiputera Melayu.

Jadi, support Onexox bukanlah support syarikat Melayu Bumiputera Muslim. Support Onexox, adalah support Bobie Farid barangkali. Jadi kenyataan atau kempen syarikat Onexox milik Melayu Muslim Bumiputera adalah tidak benar.

Ditulis oleh,
Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin
co-Founder SCRUT
www.scrut.my

Mengenai penulis

Abu Fedora Al-Turkistani

Abu Fedora al-Turkistani ialah Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin). Seorang pencinta wanita yang sangat tegar.

3 komen

Tinggalkan Balasan kepada Hazrol omar Batal balasan

  • Ha Ha Ha Ha…..!! Wa Respect Lu Alip….!! Akhirnya Terbongkarlah Tembelang Si Paria Ni….. Wa Salah Seorang Kawan Lama Paria Ni Mengesahkan Artikel Ni Adalah ‘SAHIH’ dan ‘TEPAT’. Sebijik Macam Apa Yang Wa Tahu Tentang Paria Ni, Cuma Wa Tak Reti Nak Buat Penulisan Macam Lu Bro Alip…

    5 Star Rating Buat Alip!!!

  • Tuan bukan ker nak buat sdn bhd kena minima rm2500/++ paid up capitol

    Sekadar pertanyaan.

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.