Adakah mereka benar-benar hebat?

A

Dalam sejarah dan tamadun Islam, puak muktazilah sangat popular. Tetapi adakah mereka benar-benar ramai? Adakah mereka benar-benar hebat?

Adakah jumlah mereka seramai jumlah Ahlussunah? Adakah ulama’-ulama’ mereka sehebat Imam As-Syafie, Imam Ahmad, Imam Abu Hanifah dan Imam Malik? Yang pasti, rekod dalam sejarah membuktikan mereka tewas di tangan para aimmah Ahlussunnah.

Yang menjadikan mereka terkenal dan nampak hebat kerana mereka memanjat tangga pemerintahan dan menjilat pemerintah dengan pandangan-pandangan pelik untuk memenuhi nafsu setan pemerintah-pemerintah ketika itu.

Ketika fitnah muktazilah Quran itu makhluk melanda dunia Islam, lihatlah betapa mereka sanggup menggunakan kekerasan menangkap, merotan dan memenjarakan para aimmah Ahlussunnah dengan kuasa pemerintah. Ramai para aimmah yang terpaksa berhelah untuk selamatkan diri mereka, tetapi tidak Imam Ahmad. Kerana suara Imam Ahmad adalah suara ummah.

Kaum muktazilah terkenal memfitnah para aimmah ahlussunnah, memesongkan tafsiran al-Quran dan kefahaman hadis. Mereka melengkapkan diri mereka dengan ilmu falsafah, sosialogi dan sains supaya nampak lebih advance di mata pemerintah dan masyarakat.

Mereka tidak ramai, mereka tidak hebat. Tetapi mereka jenis kaki riuh dan bising ibarat tin kosong. Mereka pandai buat marketing, ke depankan diri. Tidak seperti para aimmah Ahlussunnah yang penuh sikap tawadhu’.

Dengan penjenamaan semula, kaum muktazilah dikenali sebagai liberal, progresif, sekular, sister in Islam, Islamic Renaissance dan pelbagai. Persamaan mereka dari dulu hingga kini adalah,

“bila mereka diajak untuk menegakkan hujah secara terbuka dalam isu yang mereka benar-benar perjuangkan, mereka akan lari.”

Mereka telah membenarkannya sekali lagi.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.