Aku ulang sekali lagi, kalau sistem yang dijual di dalam buku dan kelas itu jadi, ramailah jutawan dan billionwan saham telah wujud.
Buku-buku dan kelas-kelas tak sempat dijual sudah habis. Takda orang nak bawa ehailing, nak jadi engineer, jadi agent takaful dan jadi agent hartanah. Semuanya duduk di depan screen. Dunia akan jem!
Malangnya ia tidak berlaku.
Takpalah, kita bagi benefit of doubt lah. Let say korang yang dah bayar fee beribu-ribu untuk belajar sistem Wyckoff, Elliot Wave dan etc.
Masa dalam kelas nanti, korang minta jela tok guru yang menjual kelas beribu-ribu itu trading record/history/p&l selama 2-3 tahun dia trade dengan sistem yang dia nak ajar tu.
Mudah je kan?
Kalau dia taknak bagi, kau suruh la dia buat backtesting untuk sistem yang dia ajar depan korang secara random. Korang pilih stock, korang pilih time. Dia run.
Kalau itu pun dia tak boleh buat, kau minta jela refund, balik jela. Jangan trade lagi.
Jangan trade saham, trading saham bukan untuk semua orang..