AKU DAN BITCOIN

A

Aku bukanlah trader bitcoin. Kami hanyalah delevoper blockchain. Aku takda banyak bitcoin pun. Tapi aku pejuang teknologi di belakang bitcoin. Kerana itulah matlamat manusia sebenar untuk decentralized kan kehidupan mereka.

Aku pernah mengkritik fatwa wilayah tentang pengharaman bitcoin secara terbuka. Bahkan aku menyerahkan kritikan itu kepada mufti ketika itu untuk dijawab semula.

Aku juga bertanya siapakah pakar blockchain yang mereka refer (rujuk) dipanggil ketika majlis fatwa bersidang. Sunyi sepi tidak berbalas. Yang ada hanyalah cacian dan makian dari mahkluk berkopiah dan berjanggut yang menyembah ulama’ barangkali. Entah dari mana datangnya. Tak boleh dikritik langsung.

Teliti hujah aku satu per satu di link berikut.

https://coin.my/…/menilai-semula-fatwa-tentang-bitcoin-ole…/

Sesuka hati dalam mengeluarkan fatwa menyebabkan agama dilihat buruk dan menghina akal. Walhal Allah Ta’ala berfirman dalam surat An-Nahl ayat: 43 dan surat al-Anbiya ayat: 7

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.”

Mereka biasa berhujah orang awam tak faham tentang fatwa dan ijtihad. Inilah hujah mereka untuk memisahkan orang awam dengan mereka untuk mengangkat diri dan mengekslusif kedudukan mereka. Menggunakan kalimat teknikal untuk menyelamatkan diri.

Hakikatnya mereka sudah malu yang keputusan mereka adalah kebodohan kepada agama. Alhamdulillah, majlis fatwa Perlis dan Johor telah bersidang dan membuat keputusan yang Bitcoin adalah harus dan wajib zakat! Hujah majlis Fatwa Perli dilihat lebih ilmiah, lebih faham teknologi dan lebih kurang sahaja dengan kritikan aku terhadap faftwa wilayah. Mungkin aku sedikit kasar. Isunya adalah substance atau content hujah aku. Itu saja!

Rujuk sini :

https://mufti.perlis.gov.my/…/217-fatwa-zakat-ke-atas-aset-…

Kempen aku dari dulu adalah ilmu dulu. Ilmu dulu. Bagi faham, baru cakap. Bagi faham, baru involve. Aku sediakan platform free untuk korang gali ilmu.

Pergi sini. Bacalah!

Membaca jambatan ilmu, malas membaca titi kebodohan, tak membaca jalan kedunguan.

Susah nak baca digital? Aku dah compile artikel-artikel penting dalam buku ni..

Belilah! Click link bawah ni..

https://ifmal.com/…/50-dalil-kenapa-anda-wajib-memiliki-bi…/

—-

Ingat kawan-kawan, kita orang muda melawan dengan ilmu. Kita bangsa yang tidak menyembah ulama’. Kita orang muda bukan bangsa “kita perlu hidup” yang menjilat politikus!

Kita orang muda yang merdeka akalnya, merdeka jiwanya, merdeka maruahnya dan merdeka poketnya!

#HEILB40!
#JANGANSEMBAHULAMAK

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.