AKU, Sharil Azri, Ahmad DAN EZ QURBAN..

A

Petang tadi Sharil ajak aku melepak, aku macam boleh agak dia ada bawa pesanan dari someone. Macam biasalah, aku sentiasa terbuka nak jumpa sesiapa sahaja pun.

Pagi tadi, aku ada tulis pasal bisnes qurban dan aqiqah di luar negara. Aku telah letak gambar keratan berita pengarah pemasaran EZ Qurban sebagai gambar hiasan. Tujuannya nak kasitaulah betapa masyuknya bisnes tersebut. Element of troll pasti ada dalam setiap penulisan aku.

Aku bagitau Sharil, kau panggillah dia (Ahmad) datang, aku nak dengar sendiri cerita dia secara bergurau. Sekali Sharil betul-betul panggil dan Ahmad commit nak datang. Disebabkan kesungguhan Ahmad, aku tunggulah.

Cerita sebenarnya begini, Ahmad ni bukan pengarah pun dekat EZ Qurban. Dia hanya pekerja, pengurus pemasaran sebenarnya. Cuba check dengan Interepo di www.interepo.com kalau tak percaya. Dia memang minat kumpul barang-barang rare macam LV x Supreme tu sebelum dia kerja dengan EZ Qurban lagi. Dia kata wartawan Metro yang memandai tulis macam tu.

Asalnya dia terima pelawaan Metro as dia punya marketinglah untuk kedai Ohmai Closet dia. Rule dunia barang rare ni katanya, kalau kau tak pakai barang Supreme x LV, kalau kau jual, memang tak laku. Jadi itulah tujuannya.

Dia dah minta Metro remove artikel yang digoreng hangit itu. Tetapi mungkin ada saki baki yang tertinggal. Due to respect dengan permintaannya. Aku juga telah remove gambar dan cerita yang dia tak redha.

Dalam pertemuan tadi, aku tetap dengan pendirian aku. Aku tak setuju dengan kempen qurban dan aqiqah di luar negara. Tetap tunggang agama walaupun harus hukumnya. Aku minta pihak EZ Qurban untuk mengimarahkan qurban dan aqiqah tempatan dahulu. Ahmad setuju dengan aku.

Sebagai orang muda, Ahmad ada idea-idea yang baik, antaranya mengetinkan daging-daging korban yang berlebihan untuk dihantar ke Palestin dan Syiria dek kerana qurban di sana untuk seekor lembu berharga RM16,000. Aku kira idea tersebut sangat baik.

Melihat sikap Ahmad yang lebih banyak mendengar. Aku rasa dia ini orang yang baik. Aku macam biasalah. Sentiasa agresif. Aku mencadangkan kepada dia untuk membangunkan slaughter house moden yang lebih ihsan terhadap haiwan. Dia bagitahu memang ada dalam plan.

Ceritanya, EZ Qurban asalnya program untuk memudahkan orang ramai melakukan qurban, bukan untuk qurban di luar negara sahaja. EZ Qurban asalnya nak by pass kartel-kartel yang mengawal masjid-masjid dan surau-surau.

Tentang isu ketelusan program EZ Qurban, rupanya, Ahmad ini rupanya pernah nak jumpa aku untuk bangunkan system blockchain untuk supply chain mereka supaya lebih telus dah terbuka. Melihat orang muda ini agak progresif, aku mula nampak sinar masa depan negara.

Lepas itu kami merepeklah. Cerita pasal kahwin lagi, poligami dan tb (takut bini). Sharil sibuk nak bini Russian, Ahmad nak Moroccan, aku macam biasalah, Lebanon!

Ingat, kalau korang nak buat qurban atau aqiqah, buatlah di dalam negara, sembelih sendiri, ambil makan sendiri sikit dan bahagikan sendiri, itu menepati falsafah qurban dan aqiqah. Barulah hubungan antara masyarakat pembuat korban dan penerima korban dapat dieratkan.

Itulah apa yang dia cerita yang aku boleh tulis.

Terima kasih Sharil. Terima kasih Ahmad.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.