ALHAMDULILLAH, BOSSUSU DAH MENGAKUI KEBENARAN FAKTA, DATA DAN FIGURA AKU KELUARKAN..

A

Begitulah dunia, kebenaran itu memang susah nak diakui, tapi ia tetap sebuah kebenaran apabila ia sudah tidak boleh disangkal.

Ada sebahagian manusia, kalau bukan sebab posting aku pun, mereka tetap akan bergaduh. Sebab artis punya baju pun mereka boleh bergaduh, dah memang itu tabiatnya.

Dalam sejarah kemanusiaan, kebenaran itu memang mengundang fitnah, apa boleh buat, itulah yang membezakan manusia yang mencari kebenaran dan manusia yang membenci kebenaran.

Ayuh kita telusuri sejarah, zaman Nabi Ibrahim, Nabi Ibrahim juga dianggap membawa fitnah dalam kaum dan masyarakatnya, berpecah belah masyarakat sampai berperang. Kerana apa? Berkata benar.

Rasulullah juga dianggap pembawa fitnah dalam kaum dan masyarkatnya walaupun sebelum itu baginda digelar al-Amin. Hanya kerana baginda menyampaikan kebenaran.

Ok, takpa. Nanti orang kata aku tunggang agama. Since Bossusu dah sebut pasal fitnah, aku juga muslim, maka contoh dalam Quran paling dekat di hati aku.

Aku boleh terus bagi contoh lain. Martin Luther juga dituduh pembawa fitnah kepada kaum kristian dek kerana dia berkata benar dan mengkritik amalan kristian yang menjual sijil keampunan.

Nelson Mandela juga pada awalnya dianggap pembawa fitnah kerana menyatakan kebenaran tentang hak asasi manusia yang ketika itu tidak dianggap ia kebenaran.

Yang dekat dengan kita, Buya Hamka, ulama’ yang dicop wahabi oleh para ulama’ sezamannya, hanya kerana menyatakan beberapa kebenaran. Buya Hamka juga dituduh sebenarnya mempromosi aliran reformis.

Begitulah, kebenaran itu memang sukar untuk ditelan. Mereka yang mahu menggunakan akal dan hati nurani yang baik, bisa faham dan nampak kebenaran itu bak permata, yang tidak nampak, ia dianggap najis.

Tapi takpa, permata dalam najis pun, ia tetap permata.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.