ALIFF AHMAD CABAR ALIFF AWANG (DIARI SEORANG TRADER)..

A

Aku baru tau yang mamat supercar yang jujur itu juga bernama Aliff. Aku juga baru tahu dia tu seorang trader forex. Dia memang tunjuk kemewahannya melalui IG “diariseorangtrader”.

Aku dah tak berminat nak berhujah pasal hukum haram trading forex ni. Korang boleh bacalah sendiri. Majoriti ulama’ Islam mengharamkannya. Aku pun tak minat juga nak cerita pasal budak forex yang kaya raya tu sebenarnya bukan buat trading pun. Diorang ni makan duit affiliate, overriding dan komisen sebagai IB, LP, atau mungkin diorang sendiri tauke platform.

Boleh rujuk penerangan sahabat aku di sini. Ada cerita A-Book dan B-Book.
Rujuk sini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=602290357529959&id=100032470011946&mibextid=qC1gEa

So, aku simpulkan yang kaya-kaya tu semua tauke, IB, LP dan upliner dalam kartel yang buat marketing-lah. Banyak kisah-kisah kaya dan berjaya itu kebanyakannya hanyalah marketing. Screenshot, video semua tu sebenarnya tampared dan fake.

Tapi, just nak bagi benefit of the doubt, aku nak cabar Aliff Awang ini untuk aku uji kebenaran kehebatan dia trading. Aku nak uji skill dia secara saintifik dan statistik. Since aku tengok dia ada buat kelas. So, mestilah dia pun berjaya dalam trading.

Cabaran aku simple je. Aku nak dia pick and trade live 10 kali. Dengan modal yang sama saja. Out of 10 kali tu berapa kali yang profit. Lepas tu kita tengoklah accumulatively, dia profit ke tak. So, tabulation statistik kita akan base on 10 kali lah. Itu yang live lah. Kalau nk buat lagi banyak lagi bagus.

Kalau dia takut live, ada anxiety ke apa, pun takpa. Boleh bagi daily pick saja. Which aku rasa lagi terer. Kasi kasi je EP, TP, SP, pair mana, selama sekurang-kurangnya 10 hari. Nak tengok berapa kali pick dia yang jadi. Itu je cara nak test yang saintifik dan statistik.

Aku akan buka chart lain untuk check betul ke tak. Korang tau kan yang owner platform forex ni boleh manipulate platform diorang. Itu sebab time dia trade, dia boleh tunjuk untung. Time korang trade melingkup. Korang kena compare dengan chart lain. Chart diorang aku tak percaya sangat.

Aku percaya, dia takkan berani nak sahut pun. Tapi kalau dia berani, aku rasa dia memang ada sesuatulah. Setakat ni, takda sifu saham pun berani sahut cabaran macam ni. Lagi pelik kalau sifu forex berani kan. Setakat ni Bomoh Bursa je berani sahut cabaran aku. Sampai hari ni dia kasi pick.

Trading secara teknikal (technical analysis) is about statistical approach and the theory of probability. It’s also about mathematics of lines, physics of movements, chemistry of emotions. Consistency, winning rate, risk reward, and finally statistical mindset.

90-95% mereka yang trading fail dan loss. Daripada 5-10% yang berjaya itu, 90-95% adalah “the big boys”. 5-10% daripada 5-10% itu adalah retailer cam kita. Dan 5-10% ini, di dalamnya ada makhluk yang dipanggil Market Wizard.

Siapa Market Wizard?

Market Wizard ini ialah trader yang telah menguasai methodology, psychology dan philosophy (3Gy) dalam technical analysis (TA). Tak kisahlah apa market pun. Mereka ini manusia yang telah mencapai makam maarifat dalam statistical mind sesudah menyelesai 3G tersebut.

Kalau Aliff Awang ialah salah seorang Market Wizard, Rafizi dan PMX patut memanfaatkan ilmu statistik dia untuk kebaikan negara.

Apa pun, korang rasa Aliff Awang berani tak sahut cabaran Aliff Ahmad? Kalau tak berani, nampak sangat buat duit cara IB, LP, tauke platform, dan affiliator.

Korang tolong sampai-sampaikan kat dia. Bila lagi masa dia nak tunjuk terer yang ada orang buat check and examine. Takat sembang sorang je. Ramai dah orang buat..

SCRUT for the TRUTH!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.