STEADY! SEK-SEK KITO SEMUA SUDAH PUAS HATI!

S

“Katanya, beberapa isu bersama pemain dan pengurusan sebelum ini juga seakan mahu menjatuhkan beliau yang sudah berbelanja besar RM68 juta termasuk membayar tunggakan gaji 176 pemain TRW di bawah Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).”

Kan aku dah sebut awal-awal lagi. Zamsaham ni memang steady. Bukan kaleng-kaleng. Berbisa sungguh. Bukan bishe-bishe. Anak Johor yang mampu menjadi boss kepada sek-sek kito jange pecoh.

Itu sebab aku kata, untuk korang yang ter-invest ke di program Pre-IPO dia, boleh minta refund, insyaAllah dia akan bayar. Kalau bawa ke mahkamah pun, dia akan ready untuk bayar. Dia ada duit nak bayar tu. Dia kan belajar investment analysis di Oxford selain trader saham berjaya.

Itu sebab apabila Pn. Nita Sahari tarik diri invest dekat dia, dia steady je kata nak bayar balik. Orang lain pun kalau buat, insyaAllah dia akan bayar balik. Aku dengar dia ada banyak lagi duit. Takkan korang lupa dia ada club bola di Indonesia juga. Kan?

Apa jadi kelab bola Indonesia tu? Dah masuk Asian Cup kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.