Aku tidak kenal siapa Fazrysham sebelum ini. Nama di Facebook dia kerap tukar-tukar. Kejap Da’i Sham, kejap Sham Shinoda, yang terbaru Sham Stoickov.
Yang aku tahu, dia admin page Si Rashid. Selain itu dia juga terlibat dengan banyak page lain seperti Si Cencorot, Si Solihin, Uzreen Kasim dan Ah Fatt Channel.
Aku baru tahu yang Ah Fatt ialah Sham. So, Ah Fatt Channel tu korang boleh tengok-tengoklah. Padanlah Ah Fatt Channel dulu beriya-iya attack aku.
Puak-puak ini dulu asalnya dalam group KHK – Kepala Hotak Kami kamu – kalau tak silap. Kemudian berpecah buat page troll masing-masing antaranya Si Rashid, Amran Fans dan lain-lain.
Kalau perasan Komuniti Harmoni Kita (KHK) ini di-derive daripada nama lama group mereka iaitu KHK. Itu sebabnya kebanyakan page-page “clan” diorang ni mempromosikan NGO KHK.
Aku pula siapa? Aku takda group macam KHK, aku takda backup besar macam page Si Rashid, aku takda banyak masa, aku juga tak pandai melukis. Yang aku tahu cuma satu, kebenaran di atas segalanya
.Aku pengasas bersama SCRUT, aku juga berniaga kecil-kecilan di Ifmal (www.ifmal.com), kadang-kadang aku buat courier hantar rendang dengan Axia Kompang aku tu. Itu jela live aku sebagai rakyat marhaen.
Aku takda NGO, aku bukan kontraktor macam Sham, aku jual report SSM di Interepo (www.interepo.com) supaya masyarakat mengkaji dulu sebelum buat apa-apa decision untuk business atau lain-lain. Ohya, aku juga “ahlong” online patuh syariah berlesen untuk penjawat awam di www.idsb.my.
Sham trader saham, aku juga bukan trader saham. Cumanya, aku ni bekas pelajar sains dan engineering. Asas ilmu sais dan matematik aku agak kuatlah. Bolehlah nak buat backtesting, faham statistik dan the theory of probability.
Suatu hari, page Si Rashid attack SCRUT. Masa itu Sham kasitau, aku block dia. Aku ni bila orang komen-komen yang menghina akal, aku block je. Aku rasa terhina bila tahi yang busuk dibuang di taman larangan aku.
Aku taktau kes apa. Mungkin kerana aku mengkritik sifu saham scammer atau Farmfresh Chung Hin Chew. Entahlah, mungkin juga kerana aku pernah mengkritik keras sifu sahamnya Naguib Saahari yang kini sedang menghilangkn diri sepertinya.
Yang aku pasti Fazrysham admit dia main saham sontot, dia panggil Naguib chip kalau tak silap. Dia juga ada dapat komen daripada pekerja Loi Farmfresh yang bernama Azmi Zainal yang berpangkat COO yang tolong kompang Farmfresh macam Melayu punya suatu ketika dulu.
Kenapa aku stop kritik Si Rashid dulu, sebab aku bagi muka dekat admin mereka yang seorang lagi bernama Muhsin melalui rekomendasi Fdaus Ahmad. Dia janji Si Rashid takkan ganggu SCRUT dan aku. Dan dia kata Fazrysham akan bagi komitment setelkan projek-projek itik tu. Selain itu, aku juga rasa sangat menghina akal melayan budak yang takda kerja tu.
Malanglah, Si Fazrysham tidak insaf. Dia masih lagi nak mengganggu aku, mengejek aku, masih tidak selesaikan masalah skim-skim yang dia telah buat, dan dia menggunakan page Si Rashid untuk mempromosi account Facebook dia. Mangsa-mangsa juga telah menghubungi aku dan memberikan persaksian dan bukti-bukti.
Ketika dia masih nak tunjuk berani konon datang cari aku di Scrut Auto, konon aku ada satu je office dan duduk di situ semata. Kalau waktu itu aku di sana, pasti aku akan buat live dan bertanya apa jadi dengan segala pelaburan ayam dan itiknya. Masalahnya ketika dia datang, aku bukannya berada di sana, apa keperluan aku ke sana untuk berjumpa seorang yang telah terpalit dengan skandal pelaburan scam. Nanti aku pula dikaitkan.
Pengikut-pengikutnya pula kebanyakan kaum low IQ, tidak berapa cerdik dan penyokong segala aktiviti jahat seperti scam pelaburan, maki hamun orang. Maka mudahlah Fazrysham menipu mereka. Kononnya dia menang bila aku tak reply LOD. Betapa bodohnya ajaran ini. Tetapi mereka percaya.
Tapi, hari ini di mana Sham? Di mana Fazrysham? Di mana Sham Stoickov? Sham Shinoda? Si Rashid juga telah buat kenyataan menyokong aku. Rakan-rakannya juga telah buat laporan polis menyelamatkan diri dan menyebut nama Fazrysham sebagai the culprit.
Hari ini aku nak tanya. Apa khabar Fazrysham? Apa khabar Jalilah? Apa khabar macai-macai Sham? Apa khabar pembenci aku yang menunggang dia? Apa khabar mereka semua?
Aku dengan dia bukan buku bertemu ruas. Dia bukan level aku. Takkanlah aku sama level dengan orang yang buat scam ayam dan itik. Orang yang buat NGO tak pernah audit. Aku tak perlu nak claim kemenangan. Dari awal dia mencuit aku, dia telah mendaftarkan diri sebagai loser.
Hari ini dia telah hilang. Telah melarikan diri. Menyorok. Mungkin nanti akan muncul orang yang sama. Dengan modus yang sama. Bina pengaruh, tunjuk baik, collect derma, buat NGO dan akhirnya drama yang sama akan berulang. Sejarah mungkin berulang.
Ingat usul ke 4 dan 6 dalam usul-usul #mindaskeptikal. Semoga perang #Itiksontot menjadi pengajaran buat korang semua. Semoga dia bertaubat dan insaf. Korang rindu dia ke?
Boleh tonton video di bawah ini..