USUL-USUL DALAM #MINDASKEPTIKAL

U

1. Untuk ustaz, ulama’, agamawan, lebai, psuedo-ustaz dan poser-ustaz.
Asal kesemua di atas tidak boleh dipercayai, melainkan setelah dibuktikan sebaliknya.

Jika masih tidak dibuktikan, tawaqquf dulu atau tinggalkan sahaja mereka. Mereka semua hanya penjual dan penunggang agama demi kesenangan hidup mereka.

2. Politikus
Asal politikus itu penyamun dan penipu, melainkan setelah dibuktikan sebaliknya.

Dengan politikus, 10 dia cakap 100 dia pasti sembang je lebih. Mereka hanya between 2 evils jika disuruh pilih.

3. Sifu saham, guru saham, pakar saham, pakar pelaburan.
Asal kesemua di atas adalah scammer, melainkan telah dibuktikan sebaliknya.

Selagi mereka tidak diuji secara statistikal, ketahuilah, mereka hanya cari makan dengan menipu korang.

4. NGO, Yayasan, madrasah dan aktivis full time
Asal segala NGO, yayasan, madrasah dan aktivis full time itu makan duit penderma, geran, dan cuci duit haram, melainkan dibuktikan sebaliknya.

Bentangkan audit dan dokumen audit, selagi tidak dibentangkan. Mereka yang terlibat hanyalah penunggang NGO untuk mengkayakan diri sendiri.

5. Tunjuk kaya
Asal orang yang suka tunjuk kaya adalah masih belum betul-betul kaya melainkan setelah dibuktikan sebaliknya.

Apabila seseorang itu kerap sangat tunjuk kaya, percayalah itu semua content untuk dia cari makan atau mencari recognition masyarakat.

6. Tunjuk baik
Asal orang yang suka tunjuk baik dengan kamera dan team media adalah orang yang tidak baik dan tidak ikhlas, melainkan dibuktikan sebaliknya.

Orang yang suka menjadikan kebajikan sebagai content dan drama air mata untuk mendapat sokongan dan pengiktirafan masyarakat sebenar psuedo-dajjal.

Jika 6 usul ini korang pegang, korang takkan sesat. Takkan ditipu dan susah diperdaya. Inilah azimat dan pendidik orang yang ada otak, intellectual dan intelligent.

Pegang dan gigitlah dengan gigit geraham 6 usul #MindaSkeptikal ini. Amalkan dan sampaikan…

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.