PANGLIMA JILAT – MANUSIA YANG SANGAT JIJIK DAN MENJIJIKKAN!

P

Baru-baru ini muncul seorang Panglima Jilat yang baru. Rambutnya sudah putih, konon sudah berniaga lama, tapi tidak pernah berjaya pun. Maklumlah kaki kejar geran, kaki jilat sana sini.

Di mana saja sifunya dikritik, dia akan muncul dengan jilatan-jilatan yang super bodoh. Umpama panglima yang taat setia serta dungu tidak bertebing. Sebagai contoh, apabila sifu claim dia ada PhD. Dia suruh kita pula yang check.

Walhal sudah maaruf sifunya telah scam 1 Malaysia dengan PhD bogus sejak hari pertama dia muncul di kaca tv. Selepas kantoi 1 PhD, dia claim ada satu lagi di Chech lah, Switzerland lah, UM lah, UKM lah, dan banyak lagi.

Tapi si panglima bodoh ini kekal mendakyahkan kebodohan. Aku tak pelik kerana dia tidak ke universiti, hanya seorang COW (clerk of work) suatu ketika dulu. Itu sebab dia tak hormat dunia academia. Sebab itulah dia boleh terima makhluk scammer yang telah menipu credential untuk membuka pintu rezeki.

Tak cukup dengan itu, ditulisnya pula kononnya orang yang membenci sifunya sebab jelous atau competitornya. Walhal kesemua mereka yang mengkritiknya bukan sifu menjual kelas. Bahkan kesemua mereka mengkritik tentang isu scam credential. Takda sebab nak jelous.

Lebih menjijikkan jika kau pergi melihat Tiktoknya. Sangat memualkan. Apalah nanti dia akan cerita kepada anak cucunya betapa bangsatnya video-video menjilat dan membodohkan diri dan menghina akal yang dia pernah buat.

Panglima Jilat ini pernah bertemu aku ketika kes syarikat susu dulu. Dia yang ikut seorang orang besar Pekida nak berjumpa aku. Ketika itu dia ceritalah segala penipuan syarikat susu itu di hadapan aku. Siap cerita syarikat susu itu menggunakan antibiotik untuk memastikan susu bertahan lama.

Sebelum itu dia menjilat seorang mat ganja yang ditunggang untuk melobi Khazanah dan DG Veterinar. Kononnya si mat ganja tu yang develope segala home dealer dan seorang yang rajin. Walhal agent-agent dan home dealer itu dibina oleh anak orang besar Pekida itu.

Jadi selepas ini, kalau kau terbaca tulisan mana-mana sibodo yang menghina akal. Tolonglah jangan tag aku. Aku rasa sangat jijik dan menjijikkan untuk dipanggil ke kandang kebodohan. Aku ni bangsa ada akal, faham dunia akademik dan integriti, bukan penjilat yang menghina akal!

😜

#AntiJilatSociety

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.