AMAN PALESTIN TAK PERNAH BAGITAHU DALAM MANA-MANA DOKUMEN RASMI YANG SETIAP DERMA KITA AKAN DIAMBIL 12%, 20% atau 30%!

A

Sebenarnya nombor 30% itu adalah aku yang bagitahu ketika mendengar penerangan tentang NGO lebih 15 tahun dahulu yang diberitahu oleh seorang yang mendakwa dirinya bekas pegawai tinggi BNM. Dalam masa yang sama guideline daripada ROS ada menyebutkan tidak melebihi 30%.

30% itu datang daripada aku, bukan Aman Palestin atau mana-mana NGO. Tetapi, BNM telah menafikan, ROS juga hanya guideline. Aku telah terangkan banyak kali. Tapi mungkin ada yang tak perasan. Ia bukan perkara yang maaruf yang diketahui umum. Ia daripada aku!

So, basically tidak ada undang-undang yang jelas tentang berapa maksimum NGO boleh balon management fee. Itu sebab aku dah sebut sebelum ni 90% pun boleh dan audit bukan segala-segalanya. Maka untuk kata ia benarkan atau seolah-olah diredhai adalah salah!

Kalau kau audit pakai big 4 pun, kau ambil manegement fee 90%. Legally, memang kau tak salah. Aku pun tak kata salah. Dan sampai sekarang aku tak pernah kata Aman Palestin salah balon 30% atau 34 juta tahun 2021.

Tidak salah kerana tiada undang-undang yang melimitkan, atau menghadkan berapa nilai atau peratusan yang NGO boleh NGAP untuk alasan pengurusan, beli aset, atau berbelanja mewah.

Tetapi, menurut syarak ia salah kerana tidak diberitahu fee wakalah. Maka ia jelas ada unsur GHARAR. Ia bersifat TADLIS. Iaitu menyorokkan hakikat sebenar disebalik iklan, invoice dan resit. Ia tidak diberitahu berapa yang diNGAP.

Itu sebablah masyarakat marah. Ethically fail walaupun undang-undang membenarkan. Faham tak? Kenapa tak berani tulis siap-siap di dalam iklan, setiap derma anda, 30% kami akan ambil untuk pengurusan NGO kami, gaji-gaji kami, dan untuk membeli aset.

Berani tak? Takkan gang usrah taknak jadi pengutip derma yang patuh syariah?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.