SIAPA BERMINAT BEKERJA DI JEPUN?

S

Dulu ramai contact aku nak kerja di Australia. Aku tak boleh nak layan sebab aku takda company yang besar membolehkan aku ambil pekerja dari luar.

Dulu juga, aku dapat banyak mesej pasal kerja haram di Australia iaitu petik buah. Mereka databg dengan visa pelancong dan menjadi pelarian bekerja secara haram di Australia sampai imigresen Australia mengetatkab visa pelancong kepada orang Malaysia.

Mereka bayar sekitar AUD5,000 – AUD10,000 kepada agent atau broker. Kalau sangkut di airport, burnt! Dah berjaya lepas, mereka akan kerja 2-5 tahun, ada yang dah 10 tahun secara haram. Katanya boleh kumpul sampai up to RM500,000 ketika pulang.

Itu di Australia. Yang ini aku nak cerita pasal kerja di Jepun. Selepas pandemik, mereka mencari ramai pekerja untuk bekerja di dalam sektor perkhidmatan. Kita ada 1 issue. Issue bahasa. Kena pandai cakap Jepun.

Sahabat aku sorang ni, ada konglomerat di Jepun yang menjalankan business perkhidmatan. Dia memang mencari ramai pekerja. Kerja di Jepun yang ini adalah legit. Bukan haram macam petik buah di Australia. Dapat visa yang halal.

Pendapatan setahun dalam RM250,000. Kalau pandai berjimat, setahun mungkin boleh simpan RM100,000. Kerja yang akan dilakukan adalah pemandu dan tourisme consultant. Dia suruh tanya-tanya dulu, ada tak orang Malaysia yang berminat. Sekarang ini, dia banyak hire orang Indonesia.

Semalam aku buat kira-kira sikit, modal korang kena spend dalam RM20k-RM30k untuk belajar Bahasa Jepun, buat beberapa exam, buat visa dan few misc lainlah. Lebih kurang nak pi petik buahlah. Cumanya yang ni legit and aku recommended-lah.

Apa pandangan korang? Ada yang berminat? Sanggup modal dulu?
Mohon komen..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.