MDEC ni antara agensi kerajaan yang menjaga syarikat startup technology dan menjaga aspirasi negara terhadap digital economy.
Aku taktau apa skills, strenghts, dan experiences yang anak Kak Jat sorang ni ada. Apa syarikat teknologi yang dia pernah bangunkan? Apa teknogi yang dia pernah bangunkan? Apa dia tahu pasal digital?
Dia ni anak Kak Jat, bekas pengarah NFC yang bela lembu dalam kondo kat Singapura dulu. Dalam profile kat MDEC takda sebut NFC langsung. Tak silap aku, dalam saman NFC pun ada masukkan nama dia sebagai defenden.
Kalau tengok dekat profile MDEC, semua pengalaman dia jenis lantikan politik macam Talent Corp dan SOCSO. Yang selebihnya NGO. Kalau pengalaman manage NGO ni, elok kau lantik Ebit Lew ke, Syed Azmi ke, or Siti Bainun dalam MDEC. Power lagi diorang tolong raise fund!
Berapa gaji MDEC bayar pengarah takda skill ni? Hari tu aku offer diri jadi CEO MDEC tanpa gaji, diorang lantik entah sapa-sapa lah. Lepas tu aku offer diri jadi chairman or pengarah tanpa gaji, tapi lantik anak Kak Jat plak.
Kah kah kah!
Nak expect apa Malaysia akan maju kalau yang rule and manage agensi yang sepatutnya pun mangkuk-mangkuk yang buta teknologi, yang tak pernah bangunkan syarikat teknologi.
Jangan pelik MDEC bela lembu nanti!