SCRUT PENGARAH MDEC YANG BARU!

S

(WAN IZZANA FATIMAH ZABEDAH BINTI MOHAMAD SALLEH)

Semalam aku memekak pasal perlantikan pengarah MDEC yang baru bernama Wan Izzana Fatimah Zabedah binti Mohamad Salleh. Wan Izzana ini ialah anak Kak Jat NFC. Alah. Shahrizat Jalil yang dapat softloan RM200 juta untuk projek NFC family dia tu.

Semalam juga aku telah run SCRUT Analytica untuk memastikan dan melihat segala kaitan Wan Izzana dengan NFC. Hasil dapatan adalah sah dia memang pengarah kepada syarikat NFC dan yang berkaitan dengan NFC, boleh rujuk bahagian foto senarai syarikat yang dia pernah duduki dan memiliki saham di dalamnya yang ditanda NFC.

Jika menurut data yang aku perolehi, Wan Izzana merupakan bekas pengarah NFC yang dilantik tahun 2007 pada usia 21 tahun since Wan Izzana ini lahir tahun 1986. Hebat tak? Dahla cantik, pandai, belajar di Harvard, ada lesung pipit, umur 21 tahun dah ada syarikat yang punya aset hampir 200 juta. Korang hado?

Anyway, aku bukan nak komen bab NFC, korang pun pandai. Aku cuma nak komen bab syarikat dia yang bernama Rise Human Capital seperti yang ditulis di dalam profile web MDEC sebagai CEO.

Dengan menggunakan Interepo (www.interepo.com), aku SCRUT syarikat tersebut, aku mendapati yang syarikat tersebut baru ditubuhkan tahun ini dengan paidup RM1,000 dan dia sendiri single director dan shareholder. Syarikat baru ditubuhkan, takda profile, tak pernah diaudit, nak bangga jadi CEO dalam profile MDEC?

Aktiviti?
β€œTO PROVIDE TRAINING SERVICES IN HUMAN DEVELOPMENT, GROWTH AND EMPOWERMENT; CONSULTANCY SERVICES IN EVENT MANAGEMENT, GLOBAL NETWORKING AND STRATEGY; AND CONTENT DEVELOPMENT AND CREATION SERVICES.”

Aku rasa nanti mesti event-event MDEC company dia akan ambil or uruskan since business nature yang tertulis adalah seperti yang aku salin di atas. Takkan dia buka company baru takda purpose kan? Kalau tak, baguslah. Elok aku tegur siap-siap.

Aku sebenarnya tak kisah pun kalau agensi kerajaan nak kutip anak politikus untuk memimpin agensi, tapi kutiplah yang memang proven dan power. Aku taktaulah kalau ikut buku MDEC minah ni dikategorikan sebagai proven dan power.

Pada aku tidak. Hanya ada rupa, mungkin bijak belajar. Tetapi tiada apa track record yang membuktikan dia bagus melainkan berjaya jadi pengarah NFC di usia 21 tahun! Unless dia belum kahwin dan jadi gopren aku. Maka semua itu dimaafkan dan dikira hebat. Ya, bukan senang nak jadi gopren aku. Setakat ni baru sorang je layak, walaupun tua sikit.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.