APA KAITAN SI RASHID DENGAN ITIK? (TELAH DIJAWAB, TIADA KAITAN)

A

Rujuk : (https://www.facebook.com/100037715657121/posts/427831498484035/?d=n)

Macam nilah. Dari semalam lagi beberapa individu yang datang mesej aku dan SCRUT pasal cerita itik, bas dan van. Aku pun tak minat nak melayan budak-budak low IQ dan lack of intelligence yang jaga page entah tiba-tiba sibuk nak kacau aku. Biarlah. Yang kita tahu sekarang, dia dah delete segala direct defamation yang dia buat which means dia penakut. Takut aku saman. Padahal dah deal jangan delete. Haih~

Mereka datang menceritakan pasal SCAM ternak itik, projek bas dan van yang sebenarnya adalah scam. Maksud scam di sisi mereka adalah mereka mengalami kerugian dan tiada financial report atau proper declaration yang transparent. Nampak macam ada orang makan tepi dekat projek-projek tersebut.

Aku tak minat nak speculate. Aku dah suruh diorang buat polis report dan lawan sendiri. Sebab aku takda kapasiti nak siasat dan aku memang takda masa nak siasat pun. Lagipun isu macam ni memang dah selalu dan kerap sangat berlaku. Ya, ia jalan mudah nak buat duit sambil buat baik. Kau nampak baik, dan kau dapat duit.

Kisah seperti ini adalah kisah sama macam group PSAM yang diketuai oleh entiti Pengiran Prince Luqmanul Hakim Bolkiah dahulu. Mereka collect fund konon untuk NGO dan lawan AJ. Akhirnya duit yang dikumpul itu tidak digunakan untuk membayar yuran guaman Kak Ros yang disaman AJ. Bila disemak, duit itu telah dirembat dan ada yang telah digunakan untuk membiayaai business foodtruck yang tersontot.

Begitulah dunia hari ini. Ramai orang yang mengambil kesempatan ke atas pengaruh yang dia miliki dengan menunggang nama NGO, asnaf, orang susah, bantu orang. Walhal ia adalah kuda tunggangan mereka untuk buat duit.

Atas sebab itu aku tak berminat melayan mana-mana NGO ni. Unless dia boleh buktikan tahap transparency dan integrity diorang yang tak boleh langsung dipertikaikan. Seperti transaksi yang terbuka, account statement yang dipaparkan dan financial report yang profesional.

Aku biasanya akan melihat kepada key person sesebuah NGO itu sebelum menyatakan syarat-syarat transparency yang aku nyatakan tadi. Biasanya aku takkan percaya kepada mereka yang tiada pekerjaan tetap atau business yang established untuk run the NGO yang ada collect donation.

Kalau dia sendiri pun tak boleh survive, buat apa dia nak tolong orang. Tolong diri sendiri dulu lah. Cari kerja. Sebab biasanya mereka ini akan tend untuk merembat dan buat duit tepi melalui NGO dan donation tersebut. Sebab itu aku tak pernah promote mana-mana individu atau NGO yang buat donation.

Begitulah pandangan aku. Pasal kes itik ni, kalau ada sesiapa yang terlibat dan tak puas hati, pergilah buat report polis dan tuntut hak kalian. Jangan takut. Kebenaran sentiasa berada di puncak dan akan menang. Setelah buat polis report boleh buat tuntutan civil dekat Tuntut di www.tuntut.my!

Apa-apa jadi pun, jangan takut, #TuntutDulu! Jangan jadi itik. Jangan malas. Banyakkan membaca kerana membaca jambatan ilmu, malas membaca titian dungu. Kalau takda duit, kerja. Kalau nak tolong orang, kerja kuat dan jadi kaya. Jangan tunggang duit derma!SCRUT for the TRUTH!

ps : Lampiran adalah sebahagian dari mereka yang menghubungi aku. Bacalah..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.