APABILA SEORANG LEBAIAH CUBA MEMULAS-MULAS DALIL AKHIRNYA DIA MENUNJUKKAN SIAPA DIRINYA!

A

Kelakar lebaiah seorang ni.
Kah kah kah!

Kalau inilah kualiti assocProf di Malaysia ini, aku sangat bersyukur aku pernah menolak tawaran pengajian yang membolehkan aku menjadi lebai profesional.

Aku rasa assocProf ini gagal faham, lemah asas syariah dan tidak mahu mengakui realiti fakta yang aku ketengahkan.

Takpa, aku ulang balik. Fakta yang aku ketengahkan adalah harta sepencarian bukan daripada Quran, Sunnah, tidak dikenali pada salaf dan even ulama’ terkemudian.

Aku juga telah tunjukkan di dalam kertas kerja dan journal disebutkan ia datang dari Adat Temenggong dengan hujah ‘uruf dan maslahah. Aku juga telah menggariskan apa yang aku setuju dan apa yang tidak.

Aku telah memberitahu, negara Malaysia yang mempelopori harta sepencarian ini sedang di negara Islam lain cukup sekadar mut’ah yang telah diberikan oleh Allah di dalam al-Quran.

Aku bukan menolak, tetapi memberitahu asas undang-undang itu bukan daripada Islam yang awal. Ia undang-undang ta’zir, undang-undang adat temenggong yang diraikan oleh undang-undang Malaysia.

Journal-journal yang dikepilkan juga made in Malaysia. Ia tetap menyokong pandangan aku yang harta sepencarian datang dari Malaysia?

Yang lebih lawak adalah quote daripada Imam Syafie dan Ibn Qayyim yang dikerat untuk membawa maksud kononnya telah wujud harta sepencarian, dipaksa-paksa untuk menyokong kenyataannya. Sadis sangat!

Yang lebih memilukan apabila aku terbaca komen, yang dia mengatakan geran “pun” takda dalil, bakar geran. So, nak admit harta sepencarian takda dalil juga atau ada kak? Pun?

Insult intelligence seorang yang menulis dia seorang assocProf syariah tetapi berbicara seakan-akan jahil dan safih. Senjata ampuh “ahli” ini mempertikaikan orang awam tidak layak memberitahu kebenaran adalah dia lebih tahu, dia lagi banyak membaca.

Takpalah, aku dah share video Syaikh Asim al-Hakeem sebelum ini, mungkin Syaikh Asim kurang membaca. Aku share video seorang Mufti pula. Mungkin mufti ini juga kurang membaca. Kan?

Rujuk : https://youtu.be/xl1vYiXWu60

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.