APAKAH MAKSUD IMPORTED BY?

A

Ada orang share dekat aku pasal ni.

1. Dakwaan seorang brader yang menyatakan susu segar di Malaysia ini diimport dari Australua.
2. Pelaburan RM85 juta Khazanah sebahagian besarnya adalah membeli ladang lembu dan kilang susu di Melbourne. Buat apa kat situ?
3. Kotak susu juga ditulis diimport oleh syarikat dari Singapura.

Siapa ada jawapan, boleh tolong explain..

———

Kisah aku..
Aku nak cerita pengalaman aku. Dulu, aku pernah buat inspection chiller system dekat kilang susu di Australia. Diorang ada tempat yang membekukan susu. Rupanya ia untuk disimpan, diexport dan even untuk local supply juga.

Susu yang dah dibekukan, akan dihantar ke negara yang tiada industri tenusu yang besar. Bila sampai di negara yang diexport, mereka akan simpan dan diproses cairkan mengikut permintaan.

Masa itu, barulah aku faham dan sedar, jenama Dutch Lady, Goodday dan macam-macam brand dekat Malaysia yang jual susu fresh tu bukanlah dari lembu tempatan kerana masa itu, mana ada orang bela lembu susu besar-besaran.

So, fresh milk itu adalah susu beku yang dihantar dari Australia dan New Zealand la. Menurut seorang kawan aku, seorang presfessor dari UPM, seorang pakar lembu, lembu-lembu susu di Malaysia tidak mengeluarkan susu yang banyak seperti di benua Australiasia kerana faktor cuaca dan pemakanan lembu.

Just nak kasitau kat kawan-kawan bogan, kenapa ada susu fresh mahal dengan murah dekat Australia? Yang mahal tu yang umur simpanan muda lagi, expiry jauh lagi atau bukan susu beku manakala yang murah-murah macam brand Coles, Woolies, Black & apa entah tu. Semua itu dari susu beku la..

Pada aku ia masih susu segar. Sebab susu itu terus dibekukan. Taktaulah pandangan korang macam mana kan? Definisi segar tu ikut korang macam mana.. Kan?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.