ARWAH DULU BAIK ORANGNYA..

A

Kami berdua ialah arwah dari Adelaide. Izrul ZA @ Mongger ialah senior aku di Adelaide. Dialah pengasas Malaysian Carnival Adelaide dan mantan presiden MASCA yang tidak merembat duit.

Bila MASCA di bawah presiden bernama Adam Usamah melakukan korupsi, aku selalu sebut dengan junior-junior aku ketika itu, kalau arwah Mongger balik sini balik, mesti dia kecewa dengan korang. Susah payah dia dah baiki MASCA, kemudian arwah Bukhari Ramli sambung.

Begitulah, nama yang baik, walaupun telah menjadi arwah Adelaide, namanya tetap disebut. Skangni, Mong ialah seorang remiser tersohor di Malaya. Siapa nak buka CDS account, boleh contact dia. Bukan biasa-biasa dia ni. Saing-saing dengan Muhd Noraswazdi punya level juga technical analysis dia.

Aku sebenarnya lupa aku tak makan lagi. Sekali Mong nak payung makan, terus aku on. Banyaklah kami bercerita pasal industri saham di Malaysia. Aku ajak dia migrate ke Wall Street. Kita bersaing dengan George Soros, Paul Tudor Jones, JP Morgan, dan ramai lagi. Baru steady.

Kenapa gambar hitam putih? Kami kan arwah Adelaide!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.