ASIAH JALIL KOYAK KE?

A

Tiba-tiba pagi ni, ada sahabat forward benda alah ni. Ceh, hantar LOD pun nak riuh. Aku ni ramai je orang hantar LOD. Biasanya, aku buang dalam tong sampah je. Aku sikit pun tak cuak.

Dulu, sahabat aku, peguam Mahmud Jumaat kasitau,

“Aku harap dia gentle lah, dia nak main ejek-ejek dengan kau, aku risau dia koyak je. Siapa yang hantar LOD dulu, dialah yang koyak.”

Kan selama ni dia duk kata aku koyak kan? So, siapa yang koyak ni? Siap paksa aku reply LOD? Takkan taktau, reply LOD ni bukanlah kewajipan. Haiya, law school UiTM tak ajar ke? Dah hantar LOD, canang kat FB, suruh orang reply. Bukan koyak dah ni, rabak teruk ni!

Dah kalah 6-0 terus hantar LOD kat aku? Takkan koyak kot. Nak paksa aku minta maaf? Aku buat salah apa? Gila, kau hantar tuntutan, kau paksa aku reply dalam Facebook. Betul-betul gaya profesional dan bertauliah kan?

Untuk pengetahuan, aku belum terima LOD fizikal lagi. Nanti sampai, aku decidelah, nak buang dalam tong sampah ke, nak reply. Address yang dia hantar pun address rumah zaman bila entah, zaman aku sekolah punya address, masa bapa aku belum pencen jadi kerani kastam, dan rumah mak aku kat Nilai yang takda orang duduk sangat pun.

Yang hantar kat office aku, staff aku tak update lagi. Diorang ni bukan taktau address office aku yang pasti boleh reach aku. Drama kuat betul. Masa nak komital aku, ulang alik hantar runner cari aku. Aku suruh tinggal kat office pun taknak. Tapi ni kan LOD je, apa desperate sangat.

Apa punya low mentalitilah nak kecoh-kecoh hantar LOD. LOD je pun. Boleh masuk saman terus lah. Bring it on! Takyah nak riuh-riuh hantar LOD kat oranglah. Insult intelligence. Hantar LOD pun nak kecoh. Dengan follower yang tak cerdik bolehlah sembang deras.

Teruk sangat koyak ni. Macamlah aku takut sangat dengan LOD tu.

Asiah Jalil koyak ke?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.