ASIAH JALIL MOHON INJUNCTION DALAM SAMAN AKU?

A

Haha!
Rasa nak tergelak je.

Dia yang beriya-iya canang sana sini nak saman aku, seru-seru nama aku. Sekali, dia nak saman, dia minta injunction pula. Setakat ni, aku saman orang, takdalah sampai beriya buat injunction.

Aku bukan kisah sangat pun pasal injunction ni. Aku bukan nak cerita sangat pasal court or dia. Lagipun aku tak fitnah pun dia. Apa benda yang dia nak buat injunction entah. Takut masyarakat tahu kebenaran? Atau dah koyak?

Yang sibuk-sibuk nak komen, petik-petik dan sebut-sebut nama aku ni pun dia. Aku tak pernah kisah pasal dia pun.

Aku cuma kisah pasal gopren aku, pasal perjuangan aku macam lelaki yang tak boleh tb, tak boleh daiyus, pasal lebai dan walaun, dan pasal anak dan menantu tidak boleh derhaka kepada pak mak dan mentua.

Itukan standard ajaran yang baik. Adakah dalam pendidikan moral atau Islam diajar menjadi daiyus, taksub politik, derhaka dan suka bermaki hamun itu sebagai ajaran yang baik?

Yang aku kisah juga sebenarnya kebenaran kes adik Bella. Dia yang beriya-iya tahu segalanya membela tertuduh pun kalah semua kes yang melibatkan Rumah Bonda (Pertubuhan Rumah Bonda) dan Bainun. Lepas tu tak cerita habis pun, macam siapa yang forge signiture parents anak-anak angkat Siti Bainun?

Ha, kasitaulah siapa. Takat jadi propa je buat apa?

Dah kalah kan? 6-0 kan? 😜

Dia tu peguam. Officer of the court. Aku ni orang awam. Aku pun bukan ada kena mengena atau ada masalah dengan dia selama ni. Aku tak kenal dia pun personally, dia yang add friend dekat aku. Meaning dia nak kawan dengan aku. Lainlah aku dengan gopren, kami kena senyap-senyap setel baik-baik. Buat apa riuh-riuh.

So, pasal injunction ni, aku tak kisah sangat. Aku biar peguam aku decide. Sebab aku memang aku tak berminat cerita pasal dia pun. Apa yang best cerita pasal dia? Gila kan? 2 orang officer of the court iaitu peguam saman aku, orang awam yang bersuara membela nasib seorang kanak-kawan perempuan OKU dan sebatang kara yang telah dicederakan dengan dahsyat.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini mereka telah membuat laporan polis terhadap aku, kemudian cubaan mengkomital aku, dan akhirnya mereka menyaman pula aku. What a life?

Inilah harga perjuangan membela insan yang lemah barangkali. Walaupun aku hanya orang awam, tapi aku tak gentar walaupun akan berdepan ahli-ahli undang-undang. Cuma yang buat aku ralat sikit sebab gopren jv sekali pula. Aku ingat dia nak saman asing-asing.

Selepas mereka dah kalah 6-0 di mahkamah membela individu yang dituduh mencederakan adik Bella, mungkin mereka nak jadikan aku punching bag terakhir la kot.

Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.