Dia ni tak mainlah buat video dari luar. Dia masuk gegar terus. Masuk pakai jubah lagi. Lepas tu takda nak cuak apa pun. Ini lagi legend!
Zaman aku dulu, aku tau, dan orang kampung pun tahu, itu kedai mesin kuda. Zaman senior aku pun sama. Zaman hari ini pun sama rasanya.
Kedai mesin kuda ni biasanya cermin gelap. Depan penuh moto, ada mamak stall kadang-kadang, atau orang jual burger.
Kenapa orang kampung tak report? Katanya, dah report pun tak boleh buat apa. Kena raid, tutup seminggu, buka balik.
Kenapa tak buat kecoh? As we know semua tu belong to all the gangsters kawasan. Nanti tak pasal-pasal pula kena kutip, kena ganggu.
Melainkan kau noob, dari kecil sampai dewasa menetek, mungkin kau taktau kedai mesin kuda macam mana. Aku tahu, kau tau, kita semua tahu.
Sekarang ni zaman judi online. By right, kedai mesin kuda ni patut dah tak laku. Pelik pula masih ramai yang pergi.
Pada aku, perangai suka berjudi ni sama je dengan mat saham yang menafikan the theory of probability. Diorang tu sebenarnya in-denial atau budak LLB UIA. Itu je.
Yelah, yang main judi dah invest banyak, tengah tunggu timing nak dapatkan return. Samalah macam mat saham yang dah kena con dengan cikgu saham dengan teknik wikkoff, fakkoff, sakkoff, srikonda, maaa academy, mahupun kdnkk.
Cuma nak kasitau, Jamal Pak Tongkol ni lagi beranilah!