KEDAI MESIN KUDA ADALAH KESALAHAN YANG MENJADI NORMA!

K

1. Kereta recond/used.

Umumnya masyarakat tahu yang kereta recond/used ni kalau beli 90% condition dan mileage telah diadjust. Ya, kita tahu. Kita sudah jangka. Kita telah bersedia untuk ditipu. Kerana itulah industri standard dan norma bisnes kereta recond/used. Kita tahu ia salah, tapi kita terpaksa redha.

2. Kedai mesin kuda.

Ini lagilah. Semua orang tahu. Bagaimana rupanya. Orang tempatan tahu. Tapi ia telah menjadi norma kewujudannya kerena mereka seoalah-olah kebal dari undang-udang dan dibayangi gangster-gangster. Akhirnya, masyarakat telah menerima hakikat untuk hidup bersama kedai mesin kuda di kawasannya. Mungkin mereka confuse dengan judi halal dan judi haram.

3. Guru-guru saham.

Ini agak niche. Tapi sama saja. Kerana telah menjadi industri standard. Industri saham ini memang dipenuhi oleh scammer. Sesiapa sahaja boleh mengajar. Nak mengajar trading saham tak perlu kau buktikan kau trader berjaya. Kau buat sijil-sijil “sampah” dari Bursa atau SC tu, kau boleh collect duit orang buat kelas. Walhal, kau sendiri trade pun rugi selama ini. Jadi kaya pun sebab buat kelas. Kau tahu, aku tahu, dia pun tahu yang dia buat duit dengan kelas sebenarnya. Dia tak berani buktikan dengan mengemukakan trading history/record PnL dia 1-2 tahun lepas atau selama ini dia trade untuk bergelar guru. Takda! Semua tak berani!

Tapi jangan risau. Tuhan takkan izinkan perkara mungkar itu menjadi norma. Tuhan akan hantar “mujaddid” untuk membongkar norma-norma kemungkaran dan kebodohan tersebut.

Percayalah!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.