AZIZAN OSMAN DAN LAGENDA 8 PHD!

A

Seingat aku dalam benak kepala aku yang nama Azizan Osman dengan poster tembak dahi ini wujud sebelum aku fly ke Australia lagi. Seingat aku juga, dulu dia menjadi penilik nasib melalui program Rahsia Tarikh Lahir.

Ketika itu juga, dia sudah menggunakan gelaran “Dr.” di hadapan namanya. Untuk apa dia mahu gunakan gelaran “Dr.” di hadapan namanya? Kalau tanpa gelar tersebut dia tak boleh buat marketing ke atas dirinya?

Aku juga tidak tahu, apa syarikat dia yang berjaya sebelum ini. Ya, syarikat legasi yang dia bangunkan sebelum menjadi penjual air liur. Sebagai contoh, tokoh-tokoh perniagaan lain ada sejarah legasi syarikat milik mereka yang mereka bangunkan dari zero.

Antaranya, Tan Sri Lim Goh Tong dengan Genting, Tan Sri Tony Ferdnandez dengan Air Asia, Tan Sri Mokhzani Mahathir dengan Opcom dan Kencana, Tan Sri Azman Hashim dengan Ambank dan Tan Sri Rashid Hussain dengan RHB.

Azizan Osman? Apa syarikat legasi dia yang berjaya sebelum Richwork yang naik dengan gelaran “Dr.” palsu?!

Disebabkan orang Malaysia ini percaya kepada gelaran “Dr.” sebab itu dia gunakan. Gelaran “Dr.” ini mampu menarik orang untuk mempercayai kita. Selain daripada Azizan Osman, ramai lagi guru-guru talker dan founder psuedoscience juga menggunakan gelaran “Dr.” palsu.

Sebagai contoh Vida (Qu Puteh), Calvin Yap (Car King), Azril (V’Asia), HM Tuah Iskandar (3E) dan ramai lagi. Aku percaya semua itu dibuat untuk menipu manusia supaya mempercayai mereka. Jadi, teknik marketing no 1 diorang adalah gain trust dan follower dengan MENIPU!

Azizan Osman telah dikecam hebat kerana beberapa kali berbohong dengan pengakuan memiliki Phd. Bahkan telah memohon maaf dan memberi komitmen tidak akan berdusta tentang hal ini lagi. Malangnya, aku baru sahaja melawat web Richwork (syarikat dia), tetap masih menggunakan gelaran “Dr.”.

Aku yakin ramai diantara kita sebelum ini juga percaya yang penipu-penipu gelaran “Dr.” ini adalah “Dr.” yang sah dan pernah memberi kepercayaan dek kerana gelaran tersebut. Kan? Kita tertipu kerana media yang mengangkat mereka.

Takpa, dunia dah semakin maju. Mendapatkan maklumat dan informasi juga makin mudah. Budaya SCRUT juga sudah diterapkan. Aku harap media juga lebih cakna supaya tidak menjadi ejen pembodohan umat sebegini.

Jangan kau orang in-denial pula macam anak-anak murid sifu saham yang in-denial. Tak malu untuk kita mengaku kita ditipu dan tertipu, yang patut malu adalah mereka yang menipu.

Lagi 1, bukan gelaran “Dr.” saja yang ditunggang untuk menipu oleh penipu gelaran. Gelaran “ustaz” pun sama juga. Sebab apa? Sebab gelaran “ustaz” boleh gain trust macam “Dr.” juga!

Siapa sokong aku say “Hell Yeah!”.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.