Korang pelik tak kenapa orang Wakanda berbahasa Inggeris tetapi berkulit gelap?
Biar aku yang pernah tinggal di Wakanda cerita. Lebih kurang 200 tahun dahulu, Wakanda didiami oleh British kerana mereka mencari vibranium dan herba ajaib.
Orang Wakanda pada mulanya mengalu-alukan kedatangan warga British kerana memang sifat bangsa Wakanda yang sangat baik dan pemurah. Mereka juga sangat peramah walaupun darah mereka adalah darah pahlawan harimau berantai.
Punyalah baik bangsa Wakanda ini sehingga memberikan warga British yang tinggal di negara mereka status warga negara dengan syarat harus mematuhi kontrak sosial. Antaranya, tidak boleh menghina bangsa Wakanda dan agama Harimau mereka. Punya baik bangsa Wakanda ini, siapa izinkan warga British untuk aktif dalam dewan senat Wakanda sebagai ahli politik.
Setelah 3,4 generasi British yang lahir di bumi Wakanda. Telah ada yang jadi menteri, jutawan, menguasai ekonomi Wakanda. Mereka mula lupa yang kontrak sosial yang pernah ditandatangani oleh datuk dan moyang mereka. Mereka mula menghina bangsa Wakanda. Paling dahsyat, ada yang berani menghina agama Harimau.
British juga telah mewujudkan kartel-kartel dan gangster-gangster yang menguasai ekonomi terang dan ekonomi gelap. Bangsa British makin lama makin kurang ajar sehingga seroang pemuda British menghina pastor agama Harimau yang sangat dihormati sebagai babi tua. Sehingga ada juga yang di kalangan orang British mengatakan bangsa Wakanda bukan penduduk asal negara mereka.
Dalam pencarian vibranium dan herba ajaib, moyang kepada T’Challa, T’Yatolla telah menjumpainya secara senyap-senyap. Maka T’Yatolla telah mengumpulkan 313 sahabat-sahabatnya untuk melancarkan 1 gerakan yang dipanggil, Wakanda For Ever!
Wakanda For Ever ini adalah gerakan menghalau keluar seluruh bangsa British. Dengan simbol tangan X bermaksud pangkah atau halau. Gerakan T’Yatollah bersama 313 sahabat-sahabatnya telah berjaya mendapat sokongan dari majoriti rakyat marhaen penduduk asal Wakanda. Dengan kekuatan herba ajaib, vibranium dan sokongan majoriti rakyat marhaen, dengan mudah mereka menundukkan warga British yang telah lupa diri.
Mereka menghalau kesemua orang British keluar dari negara mereka. Yang mana yang takda duit, rakyat Wakanda tong-tong duit belikan mereka tiket flight murah Air Africa menghantar mereka pulang ke England. Kemenangan T’Yatolla ini menjadikan beliau raja baru Wakanda yang dipanggil The Pink Panther.
Raja baru ini kemudiannya membuat perubahan dasar luar negara. Beliau menutup negara mereka dari orang luar, keluar dari United Nation untuk membuktikan kepada dunia yang bangsa mereka mampu berdikari dan merdeka jiwanya. Dengan teknologi dan vibranium, Wakanda menjadi negara yang maju dan kaya tanpa bantuan negara dan bangsa lain.
Kata The Pink Panther ketika hari kebangsaan pertama Wakanda,
“Kita bangsa Wakanda adalalah bangsa yang mulia, baik hati dan pemaaf. Tetapi kita juga bangsa yang kuat, pintar dan merdeka. Kita tak perlu orang luar yang biadap untuk memajukan tanah keramat ini. Kita bangsa merdeka yang merdeka jiwanya, merdeka mindanya dan merdeka ekonominya! Kita sama-sama majukan negara ini dengan ilmu dan teknologi!
“Wakanda For Ever!”
Hari ini walaupun Wakanda tidak berada dalam senarai negara berdaftar dengan United Nation, tetapi kita semua tahu kewujudan negara tersebut, kemajuan negara tersebut dan laungan Wakanda For Ever menjadi sebutan di bibir kita semua.
Heil Wakanda!