BAGAIMANA MENGENAL PENAGIH DADAH DAN APA BEZA GURU SAHAM DENGAN PENAGIH DADAH?

B

Biasanya kita dapat mengenali rupa penagih dadah tegar. Ada ciri-cirinya yang tersendiri seperti muka cengkung, mata merah, kurus kering, tak kerja dan tangan ada bekas cucuk.

Kalau kau tanya dia penagih dadah ke bukan, pasti dia tak mengaku. Mungkin dia mengaku tetapi kata dah insaf. Biasanya dia takkan mengakulah. Itu standard. Bangsa penagih ni.

Jadi, to deal with them, memang kena ajak, cabar dan bawa dia pergi buat urine test. Walaupun si penagih membaca hadis,

“Albaiyinah ‘ala mudda’i..”
(Bukti ke atas dakwaan..)

Si penagih minta kita yang buktikan dia penagih. Jangan main-main, ada penagih yang pandai baca hadis yang dijadikan usul fiqh.

Si penagih kata kita pula memfitnah kerana menuduhnya penagih tanpa bukti. Bagaimana nak membuktikan si penagih itu penagih?

—-

Begitulah guru-guru saham yang scam ni. Mereka juga punya ciri-ciri tersendiri. Antaranya, letak gambar pakai coat di profile photo, tulis hebat-hebat, konon untung banyak, trader berjaya, sembang kaya, buat kelas ribu-ribun, tapi bila minta trading history tak berani bagi.

Bila kita minta trading history dia untuk buktikan dia trader berjaya dan nak sahkan dia memang buat duit dengan trading selama ini. Dia taknak bagi. Dia minta kita bayar. Dia pun baca hadis macam penagih baca juga.

—-

Jadi taulah kita guru-guru saham ni tiada beza dengan penagih. Trading record atau history dia sama macam urine penagih dadah. Penagih suka menipu, guru saham pun biasanya penipu juga. Penagih suka mencuri, guru saham “mencuri” dengan ajar sistem tak jadi.

Albaiyinah ‘ala mudda’i..

Buktikanlah kau memang trader berjaya!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.