Nak SCRUT kereta recond check dekat www.scrut.my.
Nak SCRUT used car or kereta recond takda report, hantar ke Scrut Auto.
Nak SCRUT company, check dekat www.interepo.com.
Macam mana nak SCRUT sifu-sifu saham pula?
Mudah je, kau minta jela dia keluarkan trading history/record PnL selama 2-3 tahun dia pernah trade. Kau tengoklah setahun dia trade berapa kali, berapa banyak dia main, untung ke rugi.
Kalau kau puas hati dengan performance dia, kau belajarlah dengan dia. Bayarlah berapa yuran dia letak. Tapi, sebelum nak belajar dengan dia, kau kena make sure dia sendiri trader berjaya.
Kalau dia sendiri pun trader sendu, tak untung. Dia buat kelas ajar apa? Ajar sistem gagal? Ajar strategy gagal? Ajar ilmu apa? Dia sendiri sontot, ajar korang sontot. Dia buat duit dapat yuran kelas. Dia masyuk pakai coat, pakai tie, ambil gambar senget tepi, buat profile photo.
Aku faham semua orang nak cari duit sekarang. Tapi ingat, banyak penyamun lapar nak ngap duit korang dengan iklan-iklan yang menggentel jiwa korang sehingga basah. Akhirnya harapan korang nak buat duit dengan main saham, tinggal harapan saja.
Rugi dan tersontot! Menangis tak berlagu. Hati-hati!
Amalkan cara SCRUT sifu saham yang aku ajarkan tu..
SCRUT for the TRUTH!
SCRUT before YOU get SCREWED!