Bahasa Jiwa Bangsa, Bangsa Malaysia Berbahasa Melayu!

B

Semalam ada sedikit isu. Jadi aku kena tolong seorang staff aku di Balai Polis. Aku mempertikaikan kenapa IO berbahasa Tamil di hadapan staff aku. Aku katakan, ini perbuatan rasis!

Seorang anggota cuba pertahankan boss dia, kata pengadu itu tidak pandai cakap Bahasa Melayu sebab tinggal di UK selama 10 tahun. Aku balas balik, jadi kenapa cakap Tamil, cakap English lah.

Aku tambah lagi. Aku tinggal di Australia selama hampir 12 tahun, belajar, bekerja dan berniaga di sana. Pernah bekerja di tanah Arab dan Eropah. Gopren pun ramai bukan Melayu, masih boleh cakap Melayu.

Aku tanya, dia rakyat Malaysia ke. Anggota itu jawab, ya warganegara Malaysia. Aku bagitau anggota itu, aku bukan sekadar boleh berbahasa Melayu dan English, aku juga boleh berbahasa Cina dan Arab.

Jadi alasan untuk berbincang dalam bahasa Tamil di hadapan orang Melayu adalah perbuatan yang biadap dan rasis! Warganegara Malaysia wajib boleh berbahasa Melayu!

Jika sikap tidak adil ini berlaku kepada anda, saudara anda dan rakan-rakan anda dalam PDRM. Terus buat aduan ke 2 entiti ini. Suruhanjaya Integriti dan Jabatan Integriti PDRM.

Lawan! Jangan diam!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.